Wednesday, February 25, 2009

Dunia Pendidikan

Hari aku seronok sangat, pasal aku puas hati dengan paper geografi pelajar aku. Berbaloi. Puas hati sangat walau minggu ni aku mengalami tekanan kerja yang teramat sangat (rasanya). Pelajar 1B 80% dapat A. Cuma 2 orang je kurang memuaskan. Itu 50 ke atas. Tapi aku tau, diaorang bukan tak dapat A kerana X pandai. Kurang membaca sikit je. Pastu ada gak yang dapat 100, caya tak. Aku ingat salah tanda. Tapi itulah kenyataannya. Kelas 1K pun ramai dapat A. Malah kelas akhir yang aku ajar pun ada dapat A. Seronok tak seronok bila pelajar kita berjaya. Memang seronok. Penat kita berbayar sebab apa yang kita sampaikan itu diterima sepenuhnya oleh pelajar. Tapi tak tau lagi paper BM peralihan...

No comments: