Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru

Seperti mana tahun-tahun lepas tidak banyak yang kuharapkan dari anak didik tercinta. Memandangkan sekarang ni musim exam, aku mengharapkan sesangat semuanya lulus cemerlang, walau dah beberapa hari ni aku pening rasa nak termuntah akibat menyemak kertas periksa mereka yang kadang-kadang entah apa-apa. Namun berbaloi jua, selama lebih 4 bulan hingga kini yang aku ajar dapat jua diingat dan dipelajari para pelajar. Itulah dia, mungkin kerana aku mencintai dunia pendidikan ini, terdaya aku untuk menjadikan mereka berjaya. Semoga pada perayaan HARI GURU kali ini menambahkan dan mempertingkatkan semangat aku untuk berbakti. Semoga aku mampu menjadi pendidik yang terbaik, melakukan semua tanggungjawab dengan ikhlas tanpa mohon pembalasan..dan menjadi lebih panjang sabar...melayani karenah MEREKA.. Teringat dengan bekas guru-guru aku yang terdahulu Cg. Robiha, Cg Zarina, Cg. Florina, Cg. Zimik dan emua yang telah mendidik aku. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.