Monday, November 23, 2009

Relevan ke tidak????

Ihsan Utusan Malaysia ( 25/11/2009)

Sedia bincang beri kuasa merotan kepada ibu bapa
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Cadangan Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan agar ibu bapa dan penjaga diberi kuasa merotan anak di sekolah mendapat reaksi positif daripada Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya bersedia membincangkan perkara itu yang dilihat mampu membawa kesan positif kepada dunia pendidikan.
Menurutnya, ia juga dapat mengelakkan isu-isu berkaitan hukuman ke atas pelajar dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Kalau guru yang merotan kadang-kadang ia akan menjadi isu politik. Lagi pun, ada di kalangan pelajar lebih takut masalah mereka dibawa ke pengetahuan ibu bapa daripada dirotan guru.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu. Kementerian tiada masalah untuk membincangkannya tetapi ibu bapa sendiri perlu bertanggungjawab dengan tidak berkompromi tentang disiplin anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ketujuh di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa Mohamad Ali akan membentangkan cadangan tersebut melalui kertas kerja Peranan PIBG Membantu Sekolah Dalam Menangani Disiplin pada seminar anjuran Kementerian Pelajaran 30 November ini di Klang, Selangor.
Menurut Mohamad Ali, hukuman itu perlu dijalankan mengikut peraturan dan syarat tertentu termasuk dilakukan secara tertutup.
Diminta mengulas kecaman beberapa pihak terhadapnya berhubung cadangan beliau agar sektor swasta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa menggunakan bahasa Inggeris, Mohd. Puad berkata, cadangannya itu mungkin telah disalah tafsir.
"Saya tahu sektor swasta banyak berurusan dengan syarikat antarabangsa atau warga asing. Ketika itu gunakanlah bahasa Inggeris tetapi yang saya maksudkan adalah semasa berkomunikasi sesama kita rakyat Malaysia," katanya.


Secara peribadi aku sebagai seorang guru dan guru disiplin amat bersetuju dengan cadangan ini. rasanya mungkin lebih baik sebagai langkah mengatasi disiplin. Bukan aku nak cakap apa, banyak tindakan guru yang merotan pelajar dijadikan isu dan akhirnya yang salah adalah guru. Ramai (tidak semua) ibu bapa yang seolah-olah tidak menerima KENYATAAN anak mereka bermasalah. Tahunya nak salahkan sekolah je..Tapi tidak semua ibu bapa yang macam tu. harap-harap saya bukan aku bukan ibu yang macam tu nanti...

Jangan jadi GURU SEMBERONO

Ihsan: utusan Malaysia 24?11/2008
Jangan jadi guru semberono - Mohd. Puad
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini memperkenalkan satu istilah baru iaitu 'guru semberono' yang ditujukannya kepada guru-guru yang menjalankan tugas secara sambil lewa dan tidak komited.
Katanya, pengenalan istilah itu bukan bertujuan menafikan kredibiliti guru negara ini yang disifatkan sebagai komited, berdaya saing dan gigih dalam mendidik generasi masa depan.
Sebaliknya, beliau berkata, ia sekadar peringatan agar 'guru semberono' tidak menjadi satu budaya kolektif atau penyakit berjangkit yang akan merosakkan institusi perguruan di negara ini.
"Ia mungkin berlaku kerana ada di antara mereka tidak berminat menjadi guru. Faktor tekanan hidup serta persepsi negatif masyarakat juga adakala menyumbang kepada masalah ini.
"Sebagai contoh, dalam kes di Kuala Dipang, persepsi negatif masyarakat yang hanya menyalahkan guru sedangkan mereka sebenarnya bertanggungjawab, mungkin menyebabkan menjadi kurang bermotivasi dan menjalankan tugas secara semberono selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke-7 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
Istilah itu diungkapkan oleh beliau secara spontan sewaktu berucap ketika merasmikan persidangan tersebut yang bertemakan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
Mengikut Kamus Dewan, semberono membawa erti tidak berhati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan dan kurang teliti dalam melakukan sesuatu perkara.
Sementara itu, Mohd. Puad memberitahu, kementeriannya sedang berusaha menambah bilangan guru cemerlang dari seluruh negara ekoran masih banyak kuota yang belum diisi.
Menurutnya, bermula tahun ini, kementerian telah menambah 4,753 kuota guru cemerlang, sekali gus menjadikan 14,327 kuota berbanding 9,374 sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini, hanya 9,293 kuota diisi dengan 4,834 kuota masih lagi kosong.
"Status guru cemerlang ini perlu melalui beberapa tahap bermula dengan permohonan, penilaian dan beberapa kriteria lain. Kementerian memang meletakkan piawaian yang tinggi untuk status ini.
"Sehingga kini, kuota guru cemerlang bagi guru Gred DG48 dan DG44 sekolah rendah masih kosong. Justeru, kementerian berhasrat menambah jumlah guru cemerlang bagi meningkatkan kualiti pendidikan,'' katanya.

Thursday, November 5, 2009

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Selesai

Sekarang ni baru selesai semak paper student aku. Letih rasa. Pinggang ngan tengkuk ni sakit. Tak habis lagi kerja ni, pasni nak buatmarkah plak. Pastu kena hantar kat guru kelas minggu depan. Penat sangat bila hujung tahun. Banyak benda nak kena siapkan. Dah la minggu depan nak pergi induksi. Gila wei, rushing gila. Aku macam lipas kudung. Kat sekolah tak sempat nak menyembang. Sampai bawa balik rumah semua kerja. Tapi nak buat lagu mana, kalau aku ni pengarah syarikat ke boleh gak suruh PA yang buatkan. Ni aku hanya seorang guru. Nak harap kat sapa. Aku la cikgu, akula kerani dan semua kerja kena buat sendiri..Jadi jika anda tak sanggup, jangan terjun dalam bidang ni. Aku walau kadang-kadang rasa nak pitam, nak muntah dan nak je berhenti jadi cikgu dek kerana tension punya pasal. Lepas sehari dua tu ok balik. Mana ada kerja yang tak ada tekanan (jangan menekan jiwa dah la, nanti jadi sakit jiwa @ paling tidak jiwa kacau). engko jadi suri rumah lagi la banyk tekanan, nak jaga anak dan suami, nak kemas itu ini, nak buat kerja-kerja rumah. Even awak nak masa telur pun tekanan jugak. Macam mana nak masak, masak telur dadar ke @ rebus je ke @ masak telur mata korbou.
Bagi aku, apa yang aku buat sekarang masih mampu buat aku tersenyum, walaupun kadang kala pahitgak senyuman aku, sampai berkerut-kerut kening ni ha. Tapi yang pasti aku enjoyed.

Wednesday, November 4, 2009

Merdeka ke?

Hari ni tadi last exam student-student aku..seronok gila diaorang. Habis je exam menjerit tak tentu pasal.Ya la dah habis exam (lagak macam habis SPM) Merdeka la konon. Padahal belum tentu lulus @ cemerlang. Kalau lulus dengan cemerlang tak pa la. Entahla, apa nak jadi ngan diaorang ni. Pening kepala mak bapak, lagi pening kepala cikgu-cikgu kat sekolah. Imbas kembali sepanjang minggu peperiksaan tak ada apa yang mampu aku katakan, ada yang benar-benar serius dan tak kurang banyak yang tak serius langsung pasal exam. Terutama pelajar kelas akhir. Ramai yang kena jawab exam kat luar sebab mengganggu exam jika dalam kelas. Malah ada yang kena jawab kat bilik guru dan luar pejabat.
Paper aku habis dah semak, tinggal esei lagi. Geografi aku gembira dalam terkilan. Ada seorang pelajar aku dapat skor 54/60 tapi ada yang dapat 9/60 (kelas akhir) sedih la juga. Tapi rasanya dah berusaha la tu. Tapi tak dapat markah keseluruhan. aku harap ramai yang dapat A nanti.

Tuesday, November 3, 2009

5 Star Parent

Benar dan sesungguhnya.....



1. Care for urself before u care others (Lindungi diri sendiri sebelum orang lain)

-get critical illness plan to save ur life and dignity



2. Care for urself and ur loves ones (lindungi diri sendiri dan orang yang kita sayang)

-get the medical card to avoid borrowing from family members and friend



3. Care of ur children and ur wife

-getthe education and saving plan for ur child's education and asset accumulatin instead of leftover food



4. Care for ur loves ones

-Get the whole life to cash liquidity when u are not longer around

5. Cares for ur own retirement
-get the saving plan to be finally independent after retirement

Jadi apa yang anda nantikan, kalau tidak sekarang bila lagi?

Sunday, November 1, 2009

Setelah sekian lama, baru-baru ni aku jumpa seorang teman rapat yang terpisah lepas 9 tahun. Last jumpa diapun tamat tingkatan 5. Rasa tak percaya sungguh. Kini kami dah jadi dewasa. Rindu sangat ngan saat dulu..Huhuhu..rasa nak imbas lagi detik itu. Tapi syukur sangat semua kami berjaya. Menjadi manusia juga kami akhirnya...