Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu 2011

Tahun yang penuh bermakna, hari ini buat pertama kalinya aku meraikan dan diraikan sebagai seorang ibu. Thanks God...Hari yang sangat bermakna. Walau tiada sebarang majlis dan hadiah, hati ini tidak henti mengucap syukur. Harapan aku agar aku mampu menjadi ibu yang terbaik, menjadi contoh buat anakku dan sentiasa ada untuk anakku.




Teringat pula dengan arwah ibu. Ibu pergi tak kembali. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Kasihmu ibu tak terbalas dengan apapun. Aku mengharapkan aku jua sepertimu yang sentiasa cekal dan tabah dalam mendidik aku dan anak-anakmu yang lain. Walau engkau jauh di sana ku mohon agar engkau sentiasa merestui apa yang ku lakukan. Tak sempat ku mohon maaf atas segala kesilapanku yang mungkin ada melukakan dan menyinggung hati mu. Namun ku tau kasihmu lebih besar dari itu.




Rindu ini hanya Tuhan yang Tahu...

Thursday, May 5, 2011

anak mummy tumbuh gigi

Hari ini anak aku tercinta tumbuh gigi pertama. demam dia tak lalu nak menyusu dan makan. Lemah je muka.. Apa nak buat. dah gigi nak tumbuh. Tapi aku kesian kat dia. dalam demam demam masih lagi boleh bergurau...Sayang anak mummy

Siapa aku untuk menghakimi mereka

Lama dah tak menconteng di sini. Sibuk dengan aktiviti sekolah, line tak berapa elok dan paling penting banyak masa dihabiskan bersama anakku terkasih. Kesibukan ini membuatkan aku sekali sekala membuat aku rasa seronok sebab tak perlu mikir benda lain. Tambahan pula minggu ni exam stat dah. Tapi menengah rendah mula lambat sikit exam...



Akhir-akhir ini banyak perkara berlaku. yang dijangka, yang tak dijangka dan tak kurang gak yang minta jangkaan (erm). Aku ni bukan manusia yang suka menyibuk atau sengaja menyibukkan diri dengan kisah-kisah orang lain. Tapi semenjak dua menjak ni aku jadi sakit mata bila memandang, sedikit rasa muak plak dengan sesetengah pihak. aku manusia juga ada telinga aku tengok la, ada mata aku dengarla. tapi betul ke x (meh la jawab wei) biar mereka sendiri menjawab. Ada gak rasa menyampah, x suka dan meluat dengan perangai mereka-mereka ini. Minta maaf la ya kalau ada yang terasa. Buruk benar perangai gitu. akupun tak tau. Aku ke yang terlalu prejudis terhadap mereka atau aku tak berapa suka atau aku memang tak suka dengan benda-benda gini.




Sekarang ni plak begitu banyak politik kerja hingga merimaskan aku. Aku terfikir, ada yang kian menunjuk kuasa, tak kurang ada yang sakit hati, ada yang buat tak tau, ada yang termakan hati, ada yang, ada yang berkuasa sering disalah erti, ada yang tiada kuasa p tunjuk diri ( aku ada member kad). Tak kurang yang datang tp x bekerja (apa maknanya), ada yang masuk kelas terus marah2 pelajar, tak kurang yang langsung tak masuk kelas tapi tak tinggal kerja kat pelajar. Ada plak yang tak ambil kisah....mangsanya pelajar. Bukan kata aku ni yang terbaik. Tak. Tapi aku cuba mencari yang terbaik untuk pelajar.




Apa yang perlu kita lakukan??????????Cuba mencari penyelesaian.