Thursday, May 21, 2009

10 Things That Bring Succes

  • Discovering God's Purpose for your life
  • Talking to God in Prayer ( He knows what in your heart anyway)
  • Believing that God loves you unconditionally
  • Living peacefully with others
  • Choosing good friends
  • Starting over after making mistakes
  • Working Hard at something you like or that is required of you
  • Being generous (Give the gifts of your time and abilities to other)
  • Making right choices no matter how dificult ( It builds self-respect and the respect of others)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Para pembaca:
Hari ini merupakan hari yang paling bermakna sekali buat semua warga pendidik. Itulah dia Hari Guru. Sempena dengan hari guru ini suka untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada aku sendiri ( Xda orang wish la tu), kepada guru-guru yang pernah mengajar dan MENDIDIK dan mendoakan aku hingga menjadi seperti hari ini. Tahniah, anda berjaya. Tidak lupa buat cikgu kesayangan aku masa sekolah dulu Cikgu Rubiha Ibrahim ( Sains Form 4-5) yang juga merangkap Ibu bagi kelas aku, Cikgu Zarina bt Misnan( Matematik F4-F5), Cikgu Zimik Bt Bujang ( Sekolah Rendah) . Rindunya aku dengan tunjuk ajar kalian. Tidak lupa aku titipkan doa kiranya ada bekas guru-guru aku yang telah meninggal. Semoga Roh mereka dicucuri rahmat Tuhan.
Kalau dulu sebagai anak kecil dan remaja teguran dan ajaranmu adakalanya menimbulkan KETIDAKPUASAN dalam diri aku. Adakalanya ROTAN menjadi alat untuk membentuk anak didiknya disalahertikan.Tapi KINI kerana itulah kami mampu menjadi MANUSIA.
ANDA bagaimana? Nyatakan dan luahkan tentang pandangan atau isi hati anda di sini. ....

Thursday, May 14, 2009

Thank you Dear Teacher

Teacher
Paint thier minds
and guide their thoughts
share thier achievements
and advise their faults
inspire a love
of knowledge and truth
as you light the path
which lead our youth
for our future brightens
with each lessen you teach
each goal you help reach
for the down of each poet
each philosopher and king
bigen each teacher
and the wishdom thier bring
By: Kevin William

Guru Pembina Negara Bangsa

Beberapa jam lagi, seperti tahun-tahun yang lepas merupakan sambutan hari guru iaitu 16 mei. Sepanjang tahun ini pelbagai spekulasi yang melanda institusi perguruan. Sedih sangat. aku sebagai insan yang berada dalam dunia perguruan teramatlah sedihnya. Institusi ini sudah dipandang sebelah mata oleh mereka-mereka yang tertentu, ada kalanya tiada matapun yang membela nasib golongan ini. Di mana silapnya masyarakat kita hari ini. Teringat aku zaman sekolah dulu, INI DULU, kisah aku hingga menjadi manusia yang berjaya. Di sekolah aku bukan la secerdik manapun, tapi ekoran jasa dan pengorbanan guru aku berada di tahap aku sekarang ini. Pada masa tu, jika berbuat salah atautak siap kerjasekolah, di sekolah dapat satu rotan, baliknya nanti rotan juga yang bakal diterima jika cerita pada ayah dan bonda. Teringat masa aku darjah 3, Cikgu Nurhidayah namanya( Really miss u)mungkin sekarang beliau tua dah. Cikgu math yang garang gila. Satu kelas wajib hafal sifir 2 hingga 12. Bila dia ngajar, tak reti baca sifir atau jawab soalan, berdiri atas kerusi ngan satu rotan, tak dapat jawab kali kedua atas meja, ngan 1 lagi rotan, ada la member yang agak kurang mahir (bukan tak pandai) sampai biru betis kena rotan. tapi masa tu, Ibu bapa tak cakap apa. Malah aku berjaya hafal sifir. Walaupun sebagai anak kecil masa tu, aku rasa angin gak, tapi itulah yang membentuk aku.
TAPI KINI
Bagaimana kami sebagai golongan pendidik membentuk anak-anak bangsa ni menjadi betul langkahnya? JIKA sedikit teguran terus menjadi luka yang parah bagi pelajar (kononnya). Apatah lagi jika melibatkan rotan. Ibu bapa terus pergi ke sekolah, tak menyempat guru menjawab terus je diserang tanpa menyiasat, paling dasyat sekali jika berlaku la kes SAMAN. Sadis-sadis. Ada pulak tu, terus sampai kementerian. Lagi sadis. Apa nak jadi? nampaknya guru tidak berpeluang untuk mendidik. Tapi jika berlaku apa-apa guru pulak yang disalahkan. Boleh pulak gitu.
KINI....Ibu bapa pulak yang dah jadi takut pada anak-anak.(bukan niat jika terasa, Tapi jika terasa perbetulkanlah keadaan) Ibu bapa terlalu percayakan anak-anak. Ia la kan, di rumah anaknya pijak KUMAN pun tak mati, mana nak percaya anaknya bermasalah. Tapi wahai masyarakat di luar sana. Masa anak-anak kalian lagi lama dihabiskan di sekolah. Bukan bermaksud Ibu Bapa lupa tanggungjawab, ada pula ibu bapa begitu takut jika anak mereka tidak pergeisekolah. Jadi katanya lebih baik si anak berada di sekolah. Adakah GURU sekarang menjadi 'BABY SITTER'. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan. Tapi kurang elok kita persalahkan orang lain, BERSAMA kita mencari penyelesaian, itulah yang sebaiknya. Maafkan aku kiranya hal ini berkaitan dengan ANDA. Tapi untuk renungan dan ikhtibar kita bersama termasuk la aku

Wednesday, May 13, 2009

Malas punya pasal

Ingat lagi tak kisah yang aku ceritakan tentang seorang kakak yang suaminya tak bekerja tu, baru-baru ini aku dengar-dengar suami dia dah berniaga pasar malam . Ok la tu, sekurang-kurangnya mereka ada pendapatan sendiri kan. Tapi yang tak ok nya, isterinya masih bekerja, tapi berhenti dah kat tempat lama, sekarangni dia kerja kat kedai makan, sian gak dengar, si isteri kerja pukul 8 sampai pukul 5 petang, pastu malam tolong suami berniaga pasar malam. (ish sibuknya aku ni) sikit ja, untuk pengajaran bersama. kesian kat bini dia la, ada baby tapi tak dapat nak spent time dengan baby. Tapi ok la juga tu, sekurang-kurangnya rezeki halal dan tak payah jadi buah mulut orang lagi. Sebaiknya minta dijauhkan. Apapun aku harapkan perniagaan diaorang maju, dan jangan la si suami buat separuh jalan, dah ada jalan tu, go on je la. semoga kita pun gitu... teruskan berjuang untuk hidup yang lebih baik