Sunday, August 8, 2010

Bosan

Hari ni balik ke sekolah semula setelah bercuti agak lama. Sampai rumah, tensionnya tengok rumah bersepah macam tak de orang duduk. Ni baru 4 hari aku tinggalkan. Belum lagi aku cuti bersalin. Ish...Nape la macam ni.
Aku tak tau la budak sekarang ni. Kadang-kadang aku fikir diaorang ni terlalu ambik mudah. Ni yang buat aku rasa nak marah ni. Banyak benda tak boleh nak buat. Baru kemas rumah. Belum lagi bab memasak. Alamatnya tak makan la.
Teringat satu kisah yang berlaku baru-baru ni. Bukan nak mengata sekadar mengambil iktibar. Cerita budak sekolah dibenar kahwin awal.. Alahai apa nak jadi, nanti makin bersepah la anak-anak kepada pelajar-pelajar ni. Mungkin kerajaan terfikir ini caranya, tapi aku tak fikir sekolah boleh jadi hospital kepada penyakit sosial. Makin parah ada la masalah ni nanti. Ada satu kisah yang berlaku angkara kahwin awal ni. Tak pasal-pasal saudara mara, adik beradik, ibu anak bermasam muka.
Gini kisahnya, SI mamat ni masih bersekolah ( Cerah masa depan di sebenarnya), ada kekasih hati, pengarang jantung kata dia. Dijadikan cerita, si kekasihnya itu disyaki berbadan dua. Ibu kepada mamat ni tak pernah nak percaya apa orang kata pasal anak dia ni yang dah 'berumah tangga'. Sekalipun yang mengatakan hal itu adalah keluarganya sendiri. Hidup mati dia tak percaya hinggalah kes ini 'terkeluar sudah'. Sampai satu tahap si ibu bermasam muka dengan anak-anaknya yang lain kerana mereka 'menuduh' si mamat sampai macam tu sekali. Si Ibu punya lah percaya 100% kepada mamat, sampai menuduh anak-anaknya tidak ingin menjaga mereka lagi.
Setelah kes terbongkar, maka 'dipejadikanlah' mereka dua pasangan kekasih muda ini tadi, yang masing-masing masih bersekolah, yang masing-masing ada masa depan yang cerah kerana tidak ingin mendapat malu. Persekolahan diteruskan oleh mereka. Tapi yang dasyatnya, si mamat tu bukannya malu, malah dia menganggap keluarga 'mengiktirafkan' hubungan mereka. Apa lagi terus naik kepala la, sampai dia bawa 'isterinya' tadi balik ke rumah. Adik beradik lain tak puas hati, memang betul mereka telah 'dipejadikan' tetapi dia harus ingat dia masih bersekolah. Tak dapat nak tunggu habis sekolah beberapa bulan lagi. Sadis-sadis.. Memalukan keluarga. Mana tak nya, abang ipar dia cikgu yang mengajar kat sekolah sama tempat diaorang belajar. Mana nak letak muka.
Salah seorang adik-beradiknya mengamuk sakan, tapi seperti biasa la, Si Ibu masih gak menyebelahi si mamat ni. Aku pun tak tau apa yang ada difikiran si ibu itu. Sanggup dia tak bertegur dengan anak-anaknya hanya kerna mereka menegur 'Isu'itu.. Si mamat plak buat tak tau, wal hal dialah punca masalah yang timbul.

Sunday, August 1, 2010

Setelah sekian lama tidak menjengah blog ni pasal line internet tak berapa nak elok. Banyak cerita sebenarnya. Hari-hari yang berlalu aku lalui macam biasa cuma sekarang ni makin cepat keletihan. Perutpun makin memboyot, ya la kan, aku tengah menghitung hari ni. Berdebar rasa. Teruja pun ada. Risau lagi la..

Minggu ni aku kena lalui sorang-sorang, hubby pergi main hoki..huhuhu... panjangnya hari berlalu. Baby dalam perut plak makin kuat menendang, agaknya dia pun tak sabar nak kuar. Jangan la kuar awal sudah. Semoga baby ni kuar 31st ogos..Jadi anak merdeka. Amen. Ramai yang teman-teman kata baby ni kuar awal dari due dia. .Aku minta-minta janganla. Dahla aku jauh benor dari hospital ni. Maklumlah duduk jauh di pedalaman. Cutipun lambat lagi. Minta-minta masa tu hubby ada. Semoga masa tu tiada apa yang berlaku dan baby selamat kuar. Amen.
Kerja kat sekolah bertambah, ni plak nak kena buat bulan kemerdekaan, lagi tu sekali dengan bulan kemanusiaan, kena buat minggu panitia lagi tu. Tapi yang pasti aku seronok buat kerja tu semua.

Tuesday, May 4, 2010

Indahnya Ciptaan Tuhan

Hari ni aku pergi klinik buat pemeriksaan. Genap 23 minggu dah kandungan aku. Masa di klinik kena suntikan sekali lagi. Tak lah sakit, tapi tangan rasa kebas. Berat naik 2 kg, tapi still tak cukup darah lagi. Nak kena banyak makan daging la alamatnya..Pastu nurse cek perut, nak dengar degupan jantung baby...1st time ni sebab pemeriksaan sebelum ni tak buat pun. Ya Tuhan, puas hati dapat dengar jantung dia berdegup..kuat dan laju plak tu. Bahagia rasa. Bersyukur sangat sebab nurse kata baby sihat, sebab degupan jantung dia tak bermasalah. Tak sabar rasanya nak share ngan hubby apa yang berlaku. Tadi sempat gak call dia share la ngan dia. Sayangnya, dia tak dapat menikmati masa tu sekali ngan aku. Sekarang ni hubby hantar budak hoki, peringkat bahagian. Harap sangat diaorang dapat menang..


Baby makin kuat menendang. Makin aktif. Tau je bila dibelai, mula la bergerak-gerak. Bila diperhatikan bukan takat rasa boleh nampak lagi pergerakan dia disebalik perut yang kian membesar ni. Itulah ciptaan Tuhan. Ajaib dan begitu indah...Semoga aku mampu menjadi ibu yang terbaik

Wednesday, April 28, 2010

Hari ni, masuk 22 minggu dah baby dalam kandungan aku. Makin aktif dah dia. Thank God..Walaupun rasa keletihan yang teramat sangat, macam tau-tau je baby ni nak pujuk mummy dia. Dia akan mula menendang, bergerak-gerak. Letih tu beransur hilang bila kita teringat dia. Lagi la masa tengah rehat-rehat..agaknya apa yang dia buat masa tu..Kadang-kadang masa aku tengah mengajarpun dia akan menendang. Terkejut kadang-kadang dibuatnya.

Minggu ni daddy dia tak de, sebab hantar budak hoki wakil bahagian. Tinggal la aku sorang-sorang kat umah. Tapi tak pe, ada baby ni yang menemani. Semoga Tuhan memberkati baby dalam kandungan aku ni, dan semoga aku dapat menjadi seorang ibu yang baik.

Sunday, April 25, 2010

Hari Ibu

Lama dah aku tak menjengah ke blog ni, banyak kerja yang harus disiapkan. Sekarang nipun tengah buat soalan periksa 2 minggu lagi. ramai yang kata tension, tak pernah melalui hari-hari yang indah, maksudnya hari-hari yang sukar la dilalui diaorang tu. Aku????? Erm semua hari indah bagi aku, lagi-lagi dengan keadaan aku sekarang ni ( senyum memanjang)Tak Pernah Tak Indah, sebab aku masih lagi berpeluang menikmati hari-hari anugerah Tuhan.
Sekarang ni aku bahagia sangat. Syukur Tuhan, begitu besar kasihmu, hingga tak terbatas oleh aku. Bukannya selama ni tak bahagia, tapi kali ni bertambah bahagia.. tak lama lagi Hari Ibu menjelang. Tentu seronok dapat meraikannya. dahla tahun ni aku bakal bergelar IBU@MUMMY@MAMA@EMAK@INDAI ( Iban Language). Excited la plak. Bulan ni masuk 5 bulan..Selama 5 bulan yang dah berlalu aku tempuhi dengan sabar, walaupun sedikit keletihan akibat bekerja, namun baby dalam kandungan aku seolah memahami keadaan aku. Tidak banyak karenah. Malah membuat aku lebih bersemangat untuk bekerja walaupun hari-hari kena naik tingkat 4. Begini la agaknya Ibu kesayangan aku dulu rasa. Terfikir jugak, meragam ke tidak aku dalam kandungan ibu..Minta maaf sangat Ibu sekiranya selama 9 bulan Ibu menjaga aku dalam kandunganmu, aku meragam atau sering menyusahkan Ibu.

Hari ni terjadi satu kisah yang agak memeningkan sikit kepala aku. Masa tengah pilih baju nak iron untuk esok..alamak banyak baju aku yang dah tak muat dah. Skirt lagi la. Peningnya. Esok nak pakai baju apa. Saizpun dah berubah. Perutpun dah makin membesar. Erm..Tapi rasa bahagia sangat sebab hubby tadi suggest 1 baju yang agak yang lama dah aku tak pakai sejak pindah sekolah baru ni. Aku cuba suai padan. Nasib baik muat. Semoga aku mampu menjadi Ibu yang terbaik.

Thursday, March 4, 2010

Menyepi

Setelah agak lama menyepi, tanpa menjengahpun blog ini. Bukannya apa, tak tau nak tulis apa. tak ada idea. Hampir 3 bulan di sekolah baru, dapat juga aku suaikan diri dengan keadaan. Ternyata jauh perbezaan suasana sekolah baru. Tiada niat untuk membandingkan, bersyukur dan berbangga kerana dapat berkhidmat untuk anak bangsa sendiri.

Sepanjang minggu ni, budak-budak exam. Paperpun dah habis semak. Keputusan yang boleh dianggap memuaskan. Tingkatan 1, 4 orang pelajar dapat A daripada 136 orang pelajar. Boleh la.. Tapi yang pasti jurang antara kelas pertama dengan kelas yang seterusnya ketara sangat bezanya. Sedih juga. Aku ke yang salah ajar atau.....Rasanya aku ajar benda yang sama je kat diaorang.

Setakat yang aku berada di sekolah ini, aku dapat membuat kesimpulan pelajar di sini sangat kurang terdedah dengan dunia luar. Banyak benda yang diaorang tak faham. Lagi la konsep-konsep yang diajar. Sedih rasanya. Perkara inilah yang menyebabkan jurang pelajar pedalaman tertinggal sedikit.( Minta maafla kalau tak betul). Pelajar di sini rasanya hanya tahu apa yang di persekitaran mereka sahaja. Kebanyakkan hanya bergantung pada guru semata-mata. Mungkin kerana pendedahan isu semasa kurang, menjadikan mereka kurang berfikir.Tak tau la kalau guru lain.

Apa agaknya yang boleh dilakukan untuk membantu mereka?????

(Minta maaf jika artikel ini menyinggung mana-mana pihak) Tidak berniat, hanya luahan semata-mata.

Sunday, January 10, 2010

IHsan Malaysia Kini (8 Januari 2010)
'Kami guna 'Allah' ratusan tahun, kenapa halang?'
author_photo("Siong T")
Siong TJan 8, 1010:07am
Penggunaan nama Allah dalam menterjemahkan Bible (bahasa Inggeris) ke Alkitab (bahasa Melayu) dibuat oleh mereka yang datang menyebarkan Injil di Borneo beratus-ratus tahun dahulu. Orang-orang ini datang dari Australia dan Britain.Saya sendiri tidak tahu mengapa mereka memilih nama Allah sebagai terjemahan God dalam Alkitab. Kemungkinan mereka merujuk Alkitab edisi bahasa Arab dan memutuskan untuk menggunakan nama yang sama seperti yang digunakan oleh orang Kristian Arab.Lagi pun orang Kristian Arab muncul lebih awal daripada orang muslim Arab. Katakan, mereka menggunakan nama lain pada masa mula-mula Alkitab diterbitkan dalam bahasa Melayu, kami orang Kristian dari suku-suku minoriti di Sarawak akan terima sahaja.Saya pasti pada masa itu, ketika Sarawak belum bergabung dengan Malaya, tiada masalah menggunakan nama Allah sebab tiada halangan dan larangan daripada sesiapa.
Sekarang sudah sekian lama kami menggunakan nama Allah dalam semua ibadah, doa, nyanyian, serta penulisan dan penerbitan. Amalan ini terbawa-bawa sehingga terbentuknya Malaysia.Kalaulah orang Sarawak yang berkepercayaan Kristian tahu bahawa mereka akan dihalang menggunakan nama Allah setelah bergabung dengan Malaya, saya fikir, belum tentu terbentuk sebuah negara Malaysia.Dalam hujah peguam yang mewakili Herald di mahkamah, mereka menunjukkan bukti bahawa sudah ada bahan terbitan Kristian dalam bahasa Melayu sejak lebih kurang 400 tahun yang lampau.
Maka dakwaan orang muslim Malaysia bahawa orang Kristian di Malaysia baru sahaja hendak menggunakan nama Allah adalah tidak berasas.Nama Allah sudah lama kami gunakan. Kenapa sekarang, orang muslim Malaysia hendak menghalang kami daripada menggunakan nama Allah yang sudah sekian lama kami guna pakai, malah sebelum terbentuknya Malaysia lagi?Suku-suku peribumi di Sarawak tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh sebab itu mereka tidak mampu memiliki Alkitab dalam bahasa Inggeris yang dipanggil Bible. Namun mereka boleh memahami bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.Pada masa sama, agak sukar untuk terjemahkan Bible ke bahasa ibunda suku masing-masing kerana kekurangan pakar bahasa di kalangan mereka.Maka, untuk memudahkan orang Kristian daripada suku-suku peribumi ini dapat memperdalamkan pengetahuan mereka dalam kepercayaan Kristian, mereka perlu memiliki satu Bible yang diterjemahkan dalam bahasa yang mereka fahami, iaitu bahasa Melayu loghat Indonesia.
Pada masa itu, orang Melayu di Malaya belum dikenali sangat oleh suku-suku peribumi Sarawak ini, begitu juga bahasa mereka. Maka, mereka mendapat terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia yang dipanggil Alkitab Suci.Kandungan Bible yang merujuk kepada Lord God juga diterjemah sebagai Tuhan Allah tanpa ada sebarang masalah. Ia diterima dengan aman dan sukacita. Saya yakin Alkitab pada masa itu dicetak di Indonesia, dan orang muslin di Indonesia tidak pernah dikelirukan iman mereka sampai sekarang.
Pada tahun 16 Sept 1963 maka terbentuklah Malaysia. Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Malaysia.Sarawak, bersama-sama rakyatnya seperti kami, membawa masuk kepercayaan Kristian kami ke dalam kelompok rakyat Malaysia. Kami tidak pernah diarahkan supaya berhenti guna nama Allah selepas bergabung dengan Malaysia.Kami pun tidak terfikir bahawa suatu hari nanti orang muslim Malaysia akan melarang kami menggunakan nama Allah kerana kami sedia maklum bahasa perkataan Allah adalah dipetik dari bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.Sehinggalah sekarang, baru kami tersentak dan terkejut. Kami dilarang menggunakan nama Allah dalam Alkitab, dalam semua penulisan dan penerbitan Kristian.Sudah sekian lama kami sudah panggil Dia yang kami sembah sebagai Tuhan Allah, dan sekarang ia dilarang pula.
Saya kasihan memikirkan tentang nenek, datuk dan ibu bapa kami di kampung yang tidak tahu-menahu bahawa mereka dilarang menyebut nama Tuhan Allah.Bagaimana kami cucu-cuc dan anak-anak mereka hendak menerangkan kepada mereka mengenai larangan ini? Mereka sudah tentu akan menjawab, "sudah sekian lama kita menyebut nama Tuhan Allah, kenapa sekarang tidak boleh?"Saya yakin, walau dilarang sekalipun, mereka akan tetap menyebut nama Tuhan Allah sampai bila-bila sebab perkataan itu adalah nama yang mereka sebut sejak turun-temurun.Generasi terkini, yang fasih berbahasa Inggeris, tidak mempunyai masalah kerana mereka mampu mengerti Alkitab dalam bahasa Inggeris iaitu Bible dan boleh menghadiri kebaktian atau semua aktiviti ibadah, doa, nyanyian dalam bahasa Inggeris di mana-mana tanpa perlu menyebut Allah, melainkan Lord God.Tetapi orang yang tidak fasih berbahasa Inggeris terpaksa menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
Pada masa dulu, setelah mengikuti sekolah di bawah kerajaan Malaysia, semakin ramai anak-anak generasi masa itu fasih berbahasa Melayu.Apabila bahasa Malaysia menjadi semakin digunakan berbanding bahasa Indonesia, maka wujud satu generasi yang kurang memahami bahasa Indonesia tetapi lebih memahami bahasa Malaysia.Maka, diusahakan satu terjemahan Alkitab dalam bahasa Malaysia yang masih mengekalkan nama Allah. Salah satu Alkitab terjemahan bahasa Malaysia ada pada simpanan saya dan itulah Alkitab yang sentiasa saya gunakan.Di kampung sendiri mungkin boleh menggunakan bahasa ibunda sendiri, tetapi nama Tuhan Allah tetap digunakan. Sebab dalam bahasa ibunda, tiada perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan nama Allah. Lagipun kami sudah sebati dengan nama ini kerana sudah dipakai sejak turun-temurun.
Mungkin ada suku-suku yang telah memilih nama khas dalam bahasa mereka untuk tujuan terjemahan dalam bahasa masing-masing, tapi dalam bahasa suku saya, belum ada.Jadi dalam kes suku saya, masih kena menggunakan nama Tuhan Allah, lagi pun suku saya kekurangan perkataan. Banyak perkataan yang dipinjam daripada suku atau bangsa lain. Berbeza di bandar, anggota sesebuah gereja itu terdiri daripada pelbagai suku bangsa.Ada gereja yang mengadakan dua sesi kebaktian pada hari Ahad, satu sesi untuk penutur bahasa Inggeris, satu sesi untuk mereka berbahasa Malaysia. Ada juga yang mengadakan sesi untuk bahasa Cina dan Tamil, bergantung kepada keperluan bahasa dalam gereja itu.Di bandar, saya menghadiri sesi berbahasa Melayu sebab saya kurang fasih berbahasa Inggeris.
Dalam gereja terdapat pelbagai suku bangsa, maka kena menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami semua orang. Jadi, cuba fikirkan?Sampai hatikah orang muslim Malaysia memaksa orang-orang seperti saya daripada suku-suku minoriti yang lemah ini berhenti memanggil Tuhan mereka dengan nama Tuhan Allah? Jangan lupa bahawa kami sudah lama, malah sebelum terbentuknya Malaysia, telah memanggil Tuhan yang kami sembah dengan nama Tuhan Allah.Andai kata kami semua fasih berbahasa Inggeris, saya yakin Bible tidak akan diterjemah ke bahasa Indonesia atau bahasa Melayu.
Andai kata pada masa dulu orang yang mula-mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Indonesia atau bahasa Malaysia memilih nama lain untuk terjemahkan God, dan bukan Allah, kami tidak kisah asalkan nama itu merujuk kepada Tuhan yang menciptakan alam semesta, bumi serta segala isinya, manusia iaitu Adam dan Hawa.Asalkan nama itu merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh Nabi Abaraham, Isak dan Yakub, Tuhan yang disembah oleh Nabi Noh, Tuhan yang disembah oleh Nabi Musa yang membawa orang Israel keluar dari tanah Mesir, Nabi Harun, Tuhan yang disembah oleh Maria (bukan Nabi) yang melahirkan Yesus (Nabi Isa) secara luar biasa tanpa persetubuhan.
Bagi kami, nama itu tidak penting, yang penting kami menyembah Tuhan yang sama seperti yang disembah oleh Nabi-nabi yang tersebut tadi.Namun begitu, nama Allah sudah turun-temurun kami guna pakai untuk berseru kepada Tuhan yang disembah Nabi Abraham dan Nabi-Nabi lain. Sudah sebati di hati kami.Kami boleh saja tukar nama itu bila-bila masa. Tetapi, sudah sekian lama kami memanggil nama Allah, malah sebelum Sarawak bergabung dengan Malaya.Bukankah pelik bagi seseorang kalau dipaksa menukar nama yang selalu disebutnya untuk berseru kepada Tuhannya kepada nama lain?Begitulah sedikit komen dari saya. Saya tidak berniat hendak berdebat atau menyinggung perasaan atau memperlekehkan mana-mana pihak.
Siong T, seorang profesional dalam lingkungan 30-an, penganut Kristian daripada suku minoriti Kenyah Badeng di Sarawak. Artikel ini disiarkan di sini, dengan suntingan, bagi menggalakkan dialog berhubung polemik isu 'Allah'.