Saturday, April 25, 2009

Emosional ke aku


Jumaat lepas, dapat berita yang agak menyedihkan dari admin. Sedih gila rasanya. Kitaorang kena tukar jadual baru, rombakan besar-besaran sebab sekarang ni ramai dah guru kat sekolah aku. Tapi sadisnya, ada dua kelas aku telah digugurkan dari jadual waktu aku. 1R dan 1B. My favourite classes.. Sedih sangat.Aku pun tak tau mengapa 'teremosional' sangat aku hari tu, sebak rasa, sampai nangis lagi tu. Entah la..Yang pasti aku sayang kedua-dua kelas tu. Lagi pula aku dah seronok sangat mengajar diaorang, Entah la (kesekian kalinya). Pasni aku ngajar kelas 1H plak. Khabarnya kelas yang paling teruk. Huhuhuuhu..

Thursday, April 9, 2009

Hidup dengan lebih baik

Tekanan kerja? Tekanan hidup atau apa-apa yang berkaitan dengan sesuatu yang membolehkan kita rasa tertekan. Mengapa kita sering mengalami tekanan? Hidup ni tak boleh nak lari dari tekanan kerana ia sebahagian daripada apa yang direncanakan untuk dan sepatutnya kita tempuhi. Kalau tak tak ada la perkataan tekanan dalam kamus. terutamanya KAMUS DEWAN yang menjadi rujukan dan diterima oleh semua masyarakat Malaysia. Yang penting bagaimana kita mengurus tekanan itu. Sabtu lepas 4/4/09 bertuah sekali aku sebab dapat menghadiri satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkaitan dengan kaedah-kaedah pengajaran. Seronok sangat dengar CELOTEH Pn Junaidah dari IAB. Kalau diikutkan memang tak nak datang hari tu, ya la kan kena kerja sampai hari Sabtu. Apa punya kerja. Isnin dah kerja balik. Tapi kehadiran aku ke majlis ilmu begitu tidak sia-sia. Banyak yang dipelajari. Aku paling suka bila dia buat slot tertentu. Tapi aku nak cerita di sini pasal satu tajuk yang nak dikongsi dengan para pembaca blog ini. KECERDASAN EMOSI. Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemampuan untuk menempatkan tindakan dan hidup kita. Masa study dulu aku tak belajar tentang kecerdasan ini. K la... nak kaitkan kecerdasan emosi ni dengan kerja kita. Kita perlu ada pertimbangan dan mengenal pasti emosi kita. Bila kita dapat mengenal pasti, kita boleh menguruskan emosi dan akhirnya semua ini akan mempengaruhi hubungan kita dengan kerja, orang sekeliling kita dan diri sendiri. Jika kita tidak dapat mampu mengawal kecerdasan ini ia mungkin boleh memberi kesan yang lain. Oleh yang demikian kita perlu meningkatkan kecerdasan emosi kita. Kaitkan dengan tekanan kita. Kita kena terima tekanan itu dengan positif. HA! Ada ke?YA.Jawapannya ya. Paling tidak kita dapat mengurangkan tekanan itu supaya tidak menjadi barah yang akan mengganggu kehidupan kita. Kenapa? Sebab tekanan itu berkaitan dengan emosi yang akhirnya dapat melemahkan sistem ketahanan mental dan fizikal kita.Membantu anda membantu diri saya dan sesiapa sahaja .. Ada sambungan...Apapun semoga anda menempuh hari-hari yang membahagiakan dan luar biasa bahagia.
'Pemikiran yang hebat dan sihat lahir dari rasional yang cerdas' wala..

Sunday, April 5, 2009

Kuasa Senyuman

Ingat lagi tak satu lagu:

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati dunia mu berseri...

senyum...membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah ikatan..

Di bawah adalah kuasa sebuah senyuman

Senyuman akan mengubah perasaan
senyuman akan menghilangkan tekanan
senyuman mampu meningkatkan imunisasi
senyuman menurunkan tekanan darah
senyuman rahsia awet muda
senyuman menjadikan anda kelihatan lebih menarik
senyuman menjadikan anda kelihatan sukses
senyuman menyebabkan orang akan berfikir secara positif tentang diri anda..

Jadi senyumlah...supaya hidup lebih sihat dan ceria..