Monday, September 28, 2009

Kepenatan

Hari ni penat ckit pasal 1st day after 1 week holiday. banyak kerja yang menanti. Penatttttttt...until this time (12.35a.m) still set paper for final exam.. Pening. Have 2 hantar untuk riso by this friday...Sadis kalau x siap. KGT pun x siap semak lagi. Nothing much to say....Tireddddddddddddd

Sunday, September 27, 2009

Habis dah cuti

Hari ni last cuti, esok mula kembali bertugas seperti biasa. Cuti kali ni tetap menyeronokkan walau sekejap cuma. Tapi yang penting kita enjoyed..Tapi rasanya ada lagi yang masih nak bercuti kan. Akupun. Tapi mengenangkan tanggungjawab dan kerja yang berlambak menanti. Semangat kena dikuatkan. Kalau tak, tak jalan da kerja kan. La ni pun dok sibuk buat paper exam. Lepas deepavali budak-budak exam....

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya

Hari ni merupakan 1 Syawal dan merupakan hari raya pertama untuk seluruh umat Islam di dunia. Aku seperti biasa sebagai bangsa Malaysia turut merayakan hari raya ini. Tahun ni aku sempat bersama pagi raya je ngan keluarga kakak, sebab petang ni aku balik Sarawak. Tapi tak pelah sempat gak beraya.

Walaupun raya di KL tapi suasana memang meriah. Hari ni sempat makan rendang, dendeng ngan nasi himpit. Sambil tu aku dapat rasakan hubungan persaudaraan itu ada walaupun kami berlainan agama. Itulah sebaiknya. Korang di luar sana macam mana raya. Seronok tak. Pasti seronok kan dapat jumpa sanak saudara. Bagi yang tak balik atau tak dapatcuti untuk beraya tu, jangan sedih. Tahun depan ada lagi. bagi yang tak nak balik tu, balik-balik lah, kerana suasana lebih meriah jika diraikan bersama keluarga.....
SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA SAUDARA YANG BERAGAMA ISLAM. BAGI YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, MARILAH KITA MENZIARAHI RAKAN TAULAN KITA SEMOGA MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN PERSAUDARAAN ANTARA KAUM DAN GAGASAN 1 MALAYSIA AKAN TERCAPAI. SIAPAPUN KITA SEMOGA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN BERSAMA.

Friday, September 18, 2009

MALAYSIA SATU (FAIZAL TAHIR)


Lirik Lagu Malaysia Satu - Faizal TahirKu


teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar


Ku terus berani melangkah maju ke hadapan


Satu impian nyawaku pertaruhkan




Genggaman tanganmu,


semangatku terus membara janji ku pada mu,


harapanmu ingin ku laksanakan




Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya


Kau terus berjuang demi membawa perubahan


satu impian oh berjuta harapan




Genggaman tanganmu,


semangatku terus membara janji ku pada mu,


harapanmu ingin ku laksanakan




Satu Malaysia,


kita inspirasi pada duniaNama kan dijulang,


kita menjadi kebanggaan


Satu wawasan bersama bergandingan..




Genggaman tanganmu,


semangatku terus membara janji ku pada mu,


harapanmu ingin ku laksanakan




KOMPOSER:Audi Mok

PENULIS LIRIK:Nur Fatima

Monday, September 14, 2009

Berbuka puasa B-2-18



Aku ngan Nadiah, get ready to makan


Petang ni kitaorang berbuka posa kat Restoran Johnny. Makan stemboat tapi yang tak berapa nak bestnya housemate sorang lagi tak dapat join, sebab sekarang ni dia tengah kursus induksi di Melaka. Maaf ya Anis lain kali ajak hang. Steamboat antara kegemaran aku, selain makanan segar sihat lagi tu, tak perlu minyak. Aku gak yang mengalahkan orang yang berposa.

Thursday, September 10, 2009

Majlis berbuka puasa SMK Kepong Baru 09

Majlis berbuka puasa SMKB 09 telah dijalankan pada 10hb. Aku seperti biasa sebagai orang Malaysia turut sama memeriahkan suasana berbuka puasa. Tidak menjadi masalah. Itulah yang sebaiknya diamalkan kita supaya gagasan 1 Malaysia dapat dilaksanakan.

Kurma menjadi menu utama setiap kali berbuka puasa

Bacaan doa sebelum berbuka.


Rakan sepejuangan yang hadir


Aku dan Pn Mahani

Meriah


Rakan sepejuangan berbangsa Cina tidak ketinggalan Mr. Chua (PK Petang) berbaju batik

VIP yang hadir.........



Aku ngan Pn Rusmawati
Begitulah kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati kepercayaan dan budaya masyarakat lain. Toleransi itu perlu, dan aku berbangga mengajar di sekolah ini walaupun aku sorang-sorang. Tapi dengan semua ini aku boleh bergaul dan bercampur dengan kaum lain. Tidak menjadi satu masalah untuk aku apatah lagi kekok nak bergaul dengan orang lain kerana aku adalah bangsa Malaysia...






Wednesday, September 9, 2009

Entah la.........

Teringat aku satu kes disiplin aku handle bulan lepas. Mouse komputer dalam lab sains hilang. Nak dijadikan cerita, abang salah seorang budak call aku punya PK Hem, tak puas hati dengan cikgu sains adik dia. Tambahan pula dia kata adik dia tak buat pun, tapi kena bayar balik mouse tu. Pastu dia kata cikgu sains tu tendang meja dia. Padahal cikgu terlanggar meja dia je. Maka akupun kena panggil la ngan PK Hem. Aku cerita la pasal kejadian hari tu. YANG MANA kelas diaorang kelas terakhir masuk makmal petang tu, pagi tu tak da kelas yang dah masuk makmal. assistance lab tu pun mengadu mouse hilang dan wayar komputer tercabut. Sapa yang buat, tak kan jembalang kot. Pastu, cikgu sains tu mengadu kat aku, masa tu keadaan gelap sangat, hari hujan sekolah kitaorang black out, jadi tiga budak yang aku denda ni berada kat tempat hadapan (alah tempat yang cikgu bercakap macam stage tu) Mereka bertiga je yang kat situ. Lepas siasat tak de orang yang mengaku. Jadi aku suruh la tiga orang kongsi bayar. Tu la yang dia tak puas hati. akupun tak tau nape budak tu tak suka cikgu sains dia. Malah dia siap lagi mencarut marah cikgu tu dalam bahasa dia. Tapi cikgu tu buat tak tau je..Entah la..harap kes ni tak berpanjangan.
Inilah yang kadang-kadang aku malas nak handle kes..Tapi hav 2 do...

Morning Malaysia

Tak boleh tido la malam ni. Tadi aku semak kerja kursus student, pening dah kepala otak aku. Tapi kalau boleh nak cepat je habiskan. Nasib baik la 3 kelas je. Plak tu 40 orang 1 kelas. Ni tak habis lagi 1 kelas. 2 kelas lagi langsung tak sentuh..

Tuesday, September 8, 2009

Mengidam


Ayam Pansoh

Sambal Mangga dengan Belacan

Goreng Kasam ensabi..........

Umbut pisang masak ngan ayam


Balik kampung hari tu aku sempat la merasa semua ni. Sedapnya..Meletop gitu. Kat sini aku dah mula mengidam nak makan benda-benda ni. Bestnya kalau kat sini ada...Selera aku tetap selera kampung

Sunday, September 6, 2009

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam-malam dengar-dengar

Arkib Uusan Malaysia 28/7/09
'Saya tidak berniat hina kaum Iban' - Abdul Hadi
KEPALA BATAS 27 Julai - Bukannya hendak meminta maaf selepas didakwa membuat kenyataan yang menyinggung kaum Iban, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menuduh pula pemimpin Barisan Nasional (BN) memperbodohkan rakyat apabila mendedahkan kenyataannya itu.Presiden Pas itu berkata, beliau tidak berniat menghina masyarakat kaum Iban di Sarawak melalui ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.Abdul Hadi menegaskan, kenyataannya dalam ceramah tersebut telah disilap tafsir dan pemimpin BN khususnya di Sarawak sengaja membesar-besarkan isu tersebut.''Saya tak berniat untuk menghina dengan mengatakan mereka (masyarakat Iban) bodoh. Saya simpati kerana pemimpin BN yang membodoh-bodohkan rakyat.''Mereka bodohkan rakyat sehingga rakyat di sana (Sarawak) tidak boleh membuat keputusan berani untuk menyokong kita (pakatan pembangkang)," katanya.Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap pada sesi Ceramah Khas Sempena Hari Pekerja anjuran parti itu di Kompleks Sukan Bertam, di sini malam tadi.Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Pas, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man.Abdul Hadi dalam ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan baru-baru ini menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."Kenyataan Hadi itu dilaporkan menyinggung perasaan masyarakat Iban di negeri tersebut kerana dilihat 'merendah-rendahkan' mereka khususnya di Lubok Antu.Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang baru-baru ini mendesak Abdul Hadi meminta maaf atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ceramah tersebut mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyertai pakatan pembangkang untuk bersama mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).''Saya fikir kalau Pak Lah (Abdullah) serius hendak mansuh ISA, kita jemput beliau keluar UMNO dan sertai Pakatan Rakyat," katanya.
Aku bukannya apa, kiranya dia hendak memberi penyataan sekalipun , gunalah istilah yang lebih sopan. Mungkin beliau berpendapat masyarakat masih ditakuk lama kerana percaya pada kerajaan Barisan Nasional. Tapi dia lupa bahwa hak itu ditangan individu sendiri. Pernyataan beliau ini mencalar hati masyarakat Sarawak khasnya kaum Iban. Tiada seorangpun rasanya di Malaysia yang tidak memakai 'cawat'. Beliau perlu tahu sebelum mengeluarkan pernyataan. Harap pada lain hari, beliau lebih berhati-hati mengeluarkan pernyataan. Sama seperti kita semua, bila bercakap tu pandang-pandang dan dengar-dengar la. Jangan ikut sedap mulut kita.

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Kembali bertugas

Selamat kembali, dah recharge balik tenaga. Kembali seperti rutin harian. aku tak berapa nak sihat 3 hari ni, semalam badan agak panas, tp lepas telan panadol ok dah. hari ni hidung tersumbat ckit. Nak cakap dalam kelas pun suara sengau yang kuar.Ni hari ni dok bersin ja..


Teringat masa cuti, best gila walau sekejap. Sempat gak balik kampung aku. Jumpa kakak dan adik. Lama dah tak balik kampung kerna kerja..Tapi yang pasti cuti ni aku puas hati. Lagi pula banyak lauk kampung yang dah lama aku tak makan sempat la merasa. Puas hati gak...