Saturday, August 22, 2009

Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama 1 minggu. Nak dapatkan fresh air. Sekarang ni di Ganu, dok cuti, petang ni balik KL, esok balik Sarawak. Pelbagai aktiviti yang aku fikir nak buat sepanjang cuti ni, tapi ingatkan semula wabak H1N1. Terpaksa membataskan cuti. Anda bagaimana? Biasa cuti, di mana tempat yang paling anda ingin pergi. Aku biasanya nak g travel, g la mana-manapun, yang aku tau, aku enjoyed. Lagi la kalau boleh tengok bumi menghijau....I luv it's...Harap anda manfaatkan cuti anda sepenuhnya......wala..

Tuesday, August 18, 2009

Perasmian Bulan Patriotisme SMK Kepong Baru







Upacara perasmian bulan Patriotisme akan berlangsung selama sebulan sehingga 16 September. Pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan ini. Cuma yang diharapkan para pelajar dapat menghayati erti kemerdekaan dan bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia. Semoga misi 1 Malaysia tercapai.

Saturday, August 15, 2009

Apa makna kemerdekaan???????

Bulan ni merupakan bulan kemerdekaan bagi seluruh warganegara Malaysia. Di sana sini pelbagai aktiviti dan majlis diraikan untuk memperingati kemerdekaan negara kita. Oleh yang demikian sama-sama kita menghargai kemerdekaan yang telah sedia ada. Semoga kemerdekaan ini kekal selamanya.

Sekolah ganti

Hari ni aku kena g sekolah, coz ada sekolah ganti..Wa hebat kerja 6 hari seminggu. Seperti biasa aku liat ckit nak bangun, tapi nasib baik ambo sekolah petang, tak da la kecoh sangat. Sampai sekolah aku tengok muka semua rakan sepejuangan semacam je, ya la dah kena kerja lebih (sedikit je). Aku asalnya, rasa malas sedikit tapi gagahkan kaki gak, pasal this is my job, have to do.. Hari ni ramai rakan-rakan ambik MC. Entahla, suka-suka tak mai atau memang tak sihat, sebab sekarang ni masa-masa genting bagi kita masyarakat Malaysia, iaitu musim penyakit melanda. Jika ada yang betul-betul tak sihat, aku doakan agar cepatlah sembuh. Tapi yang tak berapa nak bestnya bila ramai yang MC ni, ramai plak yang kena relief kelas depa. Termasuk aku la. Rasa tak puas hati tu, memang tak boleh nak kata, minggu ni 2 kali ambo relief wei. Tapi tak pa la. Kebetulan ada 4 waktu ja hari ni.
Seperti biasa bila guna jadual Isnin aku kena masuk kelas 1H (the last classes). Aku tak tau la, kenapa sebut 1H, ramai rakan-rakan sepejuangan yang seakan-akan fobia atau ada je yang tak kena pada kelas tersebut. Ingat tak ada artikel yang aku tulis sebelum ni, yang aku menangis kena tukar jadual sebab gara-gara kelas ni. But after 3@4 month, aku dah serasi dah ngan kelas tu. 1st dulu aku risau gak ngan kelas ni sebab antara ciri-ciri pelajar kelas ni suka melawan guru. Tapi sebenarnya, tak ada apa pun. Ok je aku masuk. ramai rakan-rakan kata " U tak apa ma, lembaga disiplin, sure mereka takut punya" tak kurang yang kata " what u do with them?" dan ada yang kata "masa u diaorang ok ke?" dan banyak lagi la pertanyaan yang aku selalu jawab, "entahla, ok je aku tengok".
Mungkin mereka takut sedikit sebab aku 'lembaga' disiplin. Tapi yang pasti hari pertama aku masuk kelas tu dulu aku pesan kat diaorang " U tak nak ada masalah dengan saya, jangan bagi masalah kepada saya. U nak seronok, jangan seronok sorang-sorang, I pun mesti seronok, u seronok I tak seronok ada ketidakseimbangan berlaku dan I tak suka, tak bestla ,jadi bawalah satu kelas rasa seronok . Itu yang sepatutnya' Nak kata aku serius sangat ngan depa ni tak da plak, sebab ada masa gak aku buat joke dan gelak sama-sama ngan depa.
Seronok aku ngajar kelas ni sebenarnya, ramai lagi yang 'keanak-anakan'. Kena pandai la. Sebenarnya diaorang tak boleh nak tengking@berlembut selalu, bila kita marah tu kena pandai berbahasa ngan diaorang. Penting bila kita cakap, kita kena buat sebab dari situ budak-budak ni menilai kita. Tegas itu perlu. Budak-budak ni sebenarnya nak tengok kita mati dulu. Dia lagi seronok kalau kita bertambah marah. Dia akan anggap diri menang kerana berjaya menaikan kemarahan kita. Tapi yang pasti mereka baik ngan aku dan akupun tak de nak 10sen ngan mereka..

Friday, August 14, 2009

H1N1

Semua guru kat sekolah aku kecoh ckit la hari ni pasal ada student kna suspek H1N1. Semua kalut dan tak kurang yang risau lagi ditambah takut dengan wabak ni. Aku sendiri Isnin lepas ambik MC pasal deman ngan batuk tak surut biar dah 1 botol ubat batuk aku telan. Nasib baik la doktor kata tak da pa-pa. Risau gak, tak ke haru lagi sadis jika kita terkena wabak tersebut. Kat sekolah hari ni ada dah cikgu jual mask. Cikgu-cikgu pakat beli ramai-ramai, akupun tak ketinggalan.
Sebut ja H1N1 semua gerun dengan penyakit maut ini. Punca sebenar tidak diketahui. Dikaitkan dengan babi. Aku pun tak berapa clear sangat puncanya, yang pasti mudah dan cepat sangat merebak melalui manusia. Kes pun semakin meningkat, tak da ke sesiapa yang membuat penemuan untuk menghapuskan penyakit ini dari muka bumi ini @ ada yang tengah membuat kajian, tapi rasanya tak sempat menyelamatkan ramai orang kerana setiap hari kes makin meningkat, apa lagi di Malaysia yang mencatat kes tertinggi di asia. Gerun dengan wabak ini.
Sama-sama kita berdoa semoga wabak ini dapat dihentikan daripada terus merebak. Seakan-akan petanda untuk kita supaya jangan lagi 'mendera' bumi ini. Virus pun sudah 'bermutasi'. Penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan aspek kebersihan diri perlu diamalkan.

Sunday, August 9, 2009

Semoga aku cepat sembuh

Hari ni tiga hari dah aku demam.Tuhan je yang tahu, dah la hilang suara, batuk lagi, seram dengar suara sendiri. Mujur demam dah pulih, tapi batuk dan sakitnya anak tekak ni. Esok dahla sekolah. Tak tau bila nak sembuh. esok nak gi klinik, doa-doa semoga tiada kaitan ngan H1N1. Amen. Takut gak, penyakit ni makin menular, sekolah berhampiran dah ada cikgu yang positif. Ya tuhan, jauhkan la aku daripada penyakit ini.

Thursday, August 6, 2009

Koleksi bunga dan Kreativiti sempena Festival Floria, Putrajaya







kreatif tak?????Kreatif ke tidak???semua dihasilkan dari bunga...luv it


Bunga Raya

KLCC







Cantik tak???cantik ke tidak???


















Seharian di Putrajaya

Baru-baru ni aku ngan member-member pergi ke Putrajaya sempena Festival Floria bunga dan taman. Aku walaupun bukan orang yang minat sangat ngan bunga ni teruja sesangat bila sampai kat tapak pameran. Unik dan kreatif hasil tangan manusia. Masa tu, aku tengok Putrajaya berseri-seri dan nampak segar kerana sebelum ni Putrajaya sangat la panasnya.. Kalau bukan kerana tu, aku tak nak g, Putrajaya x ada 'pokok' (sori orang Putra Jaya) juz untuk menggambarkan bagaimana panasnya Putra Jaya, tapi suatu hari nanti pasti banyk pokok di sekitarnya kerana sekarang ni aku tengok dah ada penanaman pokok yang dilakukan pihak berwajib...






1 Malaysia





Walau panas demi tapi demi kepuasan hati...