Tuesday, July 12, 2011

terubat rindu ini

Hari ini terasa senang hati dan ceria, kerana petang tadi sempat pergi menjenguk Nathanael Xavier. Hanya Tuhan tahu betapa aku merindui wajah itu. Tak terasa mengalir air mataku, kerana dapat jua ku menatap wajah kesayanganku dan melepas rindu di dada. Semoga Nathanael dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dilimpahi kasih sayang. Biar kita berjauhan, diharap kau betah untuk ku tinggalkan sementara..

Sunday, July 10, 2011

Duniaku tanpa Nathaneal Xavier

Hari ini buat pertama kalinya Nathanael xavier berjauhan denganku. Nampaknya minggu ini terpaksa aku menempuhi hari yang agak sukar. Terpaksa menanggung kerinduan pada Nathanael dan terpaksa menjalani hidupku tanpanya. Owh tidak.


Balik ke sekolah, sampai je rumah, semuanya kosong seakan jiwaku tertinggal di sana. Betapa aku merindunya. Bukan niat dihati untuk berjauhan dengan buah hati, permata jiwaku itu, tetapi keadaan memaksa. Barangkali ini cabaran terpaksa galas, mampu ke aku menanggungnya. Adakah hanya untuk minggu ini sahaja atau sebulan lagi.


Betapa aku merindui gelak tawanya, senyum manja yang sentiasa membuatku ceria. Betapa aku ingin sekali membelai wajah kesayangan beta. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa melakukan rutin harianku. Dapatkah aku melalui hari-hari yang kini diluar kebiasaanku. tidak sabar rasanya ku menanti Jumaat ini agar dapat ku ubati rindu ini pada dia yang menyeri hidupku. Tanpamu agak suram hari hari ku.Emosinya diri atau mungkin inilah naluri wanita yang bergelar ibu buat anak terkasih Nathanael Xavier..