Saturday, June 27, 2009

Siapa yang bersalah.....

Minggu ni 3 orang pelajar kena 'buang sekolah' (bukan niat aku mengaibkan mana-mana pihak). Dua pelajar yang pernah aku ajar dan yang sorang lagi kelas yang agak kerap aku relief kelas diorang. Bukan niat sekolah ingin berbuat demikian tetapi telah TERLALU banyak kes yang diaorang lakukan hingga pihak sekolah TERPAKSA berbuat demikian. Minggu ni je dah berapa kes. Berkali-kali pihak pentadbir bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini, tapi akhirnya keputusan dibuat. Sedih mengenangkan nasib mereka. Sebagai seorang guru yang pernah mengajar mereka, aku selalu sembang ngan diaorang. Sebenarnya diaorang ni ok, cuma terlalu mudah baran. Jadi mudah tercetus pergaduhan. Lagi-lagi sifat berbau perkauman dalam kalangan mereka susah nak diperkatakan. Mengalahkan baran aku yang kena mengadap 45 pelajar 1 kelas (adakalanya amarah itu terpaksa digunakan untuk mengawal kelas)

Bila mendapat tau diaorang kena buang memang aku sedih sangat. Hari tu diaorang datang jumpa aku. 'Bye cikgu, kita tak jumpa lagi'. Aku tanya gak pasal apa walaupun aku tahu sebabnya. Kata yang sorang 'Kena buang'. Tak tau la sama ada diaorang ada rasa sedih atau tak. Lama gak aku sembang ngan diorang. Tapi aku tengok seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Aku plak yang asyik memikir apala yang diaorang boleh buat kalau dah tak sekolah lagi. Gelap la masa depan budak-budak ni. Kalau belajar sekalipun, JIKA perangai masih begini, tak membawa ke mana gak. Datang sekolah asyik buat hal, dalam kelas tak nak buat kerja yang cikgu beri. Jauh sekali nak bawa buku mai sekolah. Mak ayah diorang buat tak tau je.. Kadang-kadang aku rasa nak marah je kat mak bapak diaorang ni..Sekurang-kurangnya, didik sedikit anak mereka agar ada kesedaran sikit pentingnya pelajaran buat mereka. Pergi kem jati diri pun serupa tak pergi. ENTAH la, apa yang dalam pemikiran mereka la ni.

Siapa nak kita persalahkan di sini? Guru? Ibu Bapa atau anak itu sendiri.

Tuesday, June 23, 2009

Ayah adalah Idolaku

21 Jun yang lepas merupakan Hari Bapa yang diraikan seluruh warga Malaysia. Anda bagaimana? Ada tak meraikan bersama ayah tercinta atau anda terlupa akan tarikh ini atau tak terfikir untuk meraikannya atau juga ingin meraikannya tetapi tiada ayah di sisi. Seperti juga aku, teringin sangat hendak meraikan hari bapa, tapi ayah sudah pergi dulu. Belum sempat aku ketika itu mengerti tentang Hari Bapa, ayah pergi selamanya bersama kenangan kami sekeluarga. Sedih dan rindu akan kasih seorang ayah. Kalau ayah ada tentu seronok dan bahagia hidup ayah bersama anak-anaknya yang sudah dewasa kini.
Semenjak kecil lagi ayah adalah idola aku. Kasih sayang ayah terpancar dalam ketegasannya. Walaupun ayah bukan golongan berpelajaran tapi berkat kesungguhan ayah, semua anaknya berjaya dalam hidup. Antaranya adalah aku. Ayahku seorang yang berjaya dalam sepanjang hidupnya. Dengan memerah keringat di bendang dan ladang getah ayah memiliki kami anaknya yang kini mampu hidup berdikari. Tidak pernah sekalipun ayah merungut. Itulah kasih seorang ayah. Aku mengharapkan aku mampu menjadi seperti ayah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Semoga roh ayah dicucuri rahmat Tuhan.
Anda di luar sana bagaimana? Pernah anda ada perasaan tidak puas hati terhadap keluarga lebih-lebih lagi ayah anda?Pasti pernahkan? Tipu la engko kalau tak pernah ye tak. Aku pernah...banyak perkara yang kadang-kadang buat aku tak puas hati, lagi-lagi ada adik. Semuanya nak menangkan adik. Habis aku bila nak menangnya? Itu dulu masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku pulak yang lebihkan adik. Ia la kan, masa kecik-kecik JELOZ la sikit pasal adik dapat perhatian lebih.
Balik pada perasaan tak puas hati tadi, jika begitu yang kita rasa kat ayah, minta ampun banyak-banyak kat dia. Bila kita dah rasa kehilangan tu, menyesal tak sudah nanti. Sementara mereka ada lagi gunakan kesempatan ini untuk membalas semua jasa dan kasih sayang mereka. Luangkan masa walaupun kita ada keluarga sendiri kerana suatu masa dulu dialah yang berjaga bagi memastikan kita tidur lena. Jangan la dibiar mereka begitu sahaja. Tiada yang lebih membahagiakan mereka selain anak-anak mengingati dan menjaga mereka. INGAT tanpa ayah SIAPA saya, anda, awak, kamu dan kita semua.
SELAMAT HARI BAPA.
Hargailah sementara mereka masih ada di depan mata kita!

Sunday, June 21, 2009

Kembali lagi

Minggu pertama selepas bercuti, rasa sekejap je cuti, tapi tanggungjawab lebih memerlukan aku. Rasa segar semula selepas bercuti, semangat bertambah. Itu sudah semestinya. Bila bercuti kita 'charge' semula semangat itu supaya rasa seronok bekerja tu ada. Tapi tak kurang juga yang rasa tak seronok. Ia la kan, cuti dah lama, kena datang kerja balik, fikir soal kerja, ditambah lagi nak mengadap muka budak, alahai. Malasnya rasa. Tidak begitu. Anda bagaimana? AKU ada la juga rasa gitu tapi aku cuba reduce kan la. Tapi teman-teman sepejuangan tidak kurang yang merungut. Kata mereka cuti tak rasa apa. sekejap je katanya. Pejam celik dah habis dah. hi, cuti sikit punya lama tu tak kan tak rasa kot. tu maknanya anda tidak menikmati sepenuhnya.
Cuba anda menikmati cuti itu sepenuhnya, nescaya aku percaya dan aku nak kata anda akan TEREXcited nak balik tempat kerja nak berkongsi cerita dan sekurang-kurangnyaa ada gak yang nak DIBERITAKAN dengan teman sepejuangan kita kan. Tak pa kiranya anda tak bercuti ke EROPAH, BALI atau AUSTRALIA ke, balik kampung pun boleh jadi cuti yang paling TERBEST anda. Paling penting kurang risiko kena jangkitan N1H1@H1N1@apa-apa je yang memudaratkan. Betul kan. . Jadi balik tempat kerja tak la rasa menyampah atau bosan malah rasa seronok bila mai-mai ja ada je cerita cuti kita yang dikhabarkan. Jadi....... Senyumlah walau anda menghadapi hari-hari yang sukar. Tapi jangan tersenyum-senyum sambil 'KOYA' (bahasa Kelate yang bermaksud berkhayal). Kang apa plak orang lain kata kat kita ye. Jangan la seronok sorang-sorang ya, ajak la member-member sekali...