Friday, February 27, 2009

Anda ingin jadi apa?

Hari ni aku masuk kelas 1B, masuk tajuk Peta, aku mula la cerita tentang ciri fikizal dan ciri budaya (buatan manusia). Banyak perkara yang aku kaitkan. Sampaila ke persoalan kejadian dan dijadikan. Ada la pelajar tanya aku, Tuhan menciptakan semua yang wujud di muka bumi ini selama 7 hari. Melissa tanya kenapa Tuhan mencipta dinasour itu beribu tahun dahulu? aku jawab la, pada hari ke 7 itu bumi dah cukup sempurna, adanya manusia, haiwan dan tumbuhan. Pastu ada tanya kenapa Tuhan cipta 3 elemen ini. Aku cakapla, ketiga2 elemen ini saling melengkapi, manusia dan haiwan perlukan oksigen untuk bernafas, tumbuhan perlukan karbon dioksida. Manusia juga perlukan haiwan dan tumbuhan untuk makanan. Itulah sistem, dari sudut kehidupan yang aku tahu. Itulah indahnya ciptaan Tuhan. Normen pula kenapa kita manusia tidak dicipta Tuhan dengan campuran tumbuhan, manusia dan haiwan? Aku jawab, kalau campuran 3 elemen ini nanti kepala manusia,muka haiwan tangan ranting, rambut daun dan kaki adalah akar. Bagaimana tu? Punya la tingginya imaginasi budak-budak ni. Benda-benda ni tak terjangkau di fikiran kita. Tapi itulah yang berlaku. Ada juga pelajar tanya aku. Sebenarnya aku nak jadi apa antara 3 elemen tersebut. Semestinya aku ingin jadi manusia. Sebab manusia la sebaik-baiknya dijadikan Tuhan. Manusia diberi akal pemikiran. Kalau betul ada kelahiran semula aku tetap nak jadi manusia..Anda bagaimana? Tapi hari ini aku seronok masuk kelas 1B dan tiada sebab untuk aku rasa bosan.

Wednesday, February 25, 2009

Asam Garam hidup

Pernah tak dalam satu hari, anda, kamu, awak atau sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini terasa tidak ingin melakukan apa-apa sepanjang hari tersebut. Tak pernah?Hebat dan luar biasa. Itulah yang ingin aku kongsikan masa ini. Bukan orang lain, tapi aku sendiri ni. Yes, I'm. Sepanjang minggu ni aku rasa letih sangat. Entah la tak tau sebab apa. Kerja. Itulah dia. Tekanan kerja, aku rasa minggu ni banyak sangat. Orang atasan nak itu ini. Balik kerja aku rasa nak tidur je.Tapi bila aku nak tidur tak boleh tidur plak. Banyak benda yang berserabut kat kepala otak ni, Fikir kerja, fikir student dan semuanya. Mood pun kurang baik. Itu sudah semestinya. Bila kita menghadapi tekanan mood tu tidak sebaik mana. Aku sendiripun perasan, kadang2 malas nak cakap apa2. Duduk diam je... Tapi aku tak boleh terus gini. Kalau gini, tak jalan la semuanya. Silap-silap kena tekanan darah tinggi. Muda lagi ni. Sabar2. Tenang. Boleh Ke? Boleh ja. Yang Penting niat kita. Thank God. KuasaNya. Hari ni semuanya berjalan lancar. Tekanan semakin kurang. Kadang2 gitu la hidup. Tapi ada satu perkara yang aku dapat, kalau tak ada tekanan banyak juga benda yang tak berjalan seperti sepatutnya. Tak seronok la hidup kalau asyik berjalan lancar je. Tekanan ni menjadikan aku lebih kuat. Lagi satu aku rasa malas ni la penghalang untuk aku bergerak maju. Moga anda pun begitu jangan beralah pada tekanan.... CaiYo!

Dunia Pendidikan

Hari aku seronok sangat, pasal aku puas hati dengan paper geografi pelajar aku. Berbaloi. Puas hati sangat walau minggu ni aku mengalami tekanan kerja yang teramat sangat (rasanya). Pelajar 1B 80% dapat A. Cuma 2 orang je kurang memuaskan. Itu 50 ke atas. Tapi aku tau, diaorang bukan tak dapat A kerana X pandai. Kurang membaca sikit je. Pastu ada gak yang dapat 100, caya tak. Aku ingat salah tanda. Tapi itulah kenyataannya. Kelas 1K pun ramai dapat A. Malah kelas akhir yang aku ajar pun ada dapat A. Seronok tak seronok bila pelajar kita berjaya. Memang seronok. Penat kita berbayar sebab apa yang kita sampaikan itu diterima sepenuhnya oleh pelajar. Tapi tak tau lagi paper BM peralihan...

Dunia Pendidikan

Hampir setahun bergelar guru.1/11 nanti genap la setahun. Tahun ni aku kira xperiment la. Aku mengajar Geo Form 1 n BM peralihan. Seronok mengajar makin terasa walaupun ada kalanya tension sesangat. Sometime la.Tapi lebih banyak seronok daripada tak seronok. Setakat ni kelas yang diajar boleh la dikatakan ok. Tapi kelas paling ok 1 je.. Hari ni peperiksaan akhir tahun. Paper Geo n BM last friday…don know wat to say. BM la..Baca esei budak. Sampai terkeluar air mata aku. bukan pasal apa nak gelak baca esei budak2.Sedih sikit sebab ramai yang tak dapat jawab.bahasa diaorangpun agak ’kurang memuaskan. Tapi aku boleh berbangga la dengan anak-anak didik aku ni. Peralihan 2. DULU, awal tahun, ramai yang tak tau menulis apa lagi membaca.. lagi lah BM. Budak dari sekolah cina tu..KINI kalau orang tanya aku boleh jadi gerantor( Penjamin) bahwa semuanya sudah pandai menulis dan peratus yang pandai membaca 99.9%. Bangga tak? Aku x bangga tapi seronok. Dapat kepuasan mengajar. Aku Seronok sangat. Hasil setahun ini berbuah juga. Geo..hem..aku hilang beratus ringgit juga la. Huhuhu..Tapi tak kisah la.Sendiri cari pasal. Aku janji dengan pelajar sapa yang dapat A aku bagi duit.Hahaha..Tu la, cabar sangat student. Tapi aku tak kisah duit tu. the important thing bagi aku apa yang pelajar aku dapat berbaloi dengan apa yang aku ajar selama ni. Seronok tak kalau student kita berjaya. Memang seronok.

1/2/2009
Esok cuti lagi, hari wilayah. Cuti lama gak. Lama gak x publish penulisan yg 1st dulu. Hari ni rasa macam nak luah sesuatu plak. Hampir sebulan sekolah dah buka. Tahun ni aku mengajar Geo lagi dan yg paling penting aku x boleh lari dari ngajar BM.Kesekian kalinya ngajar ‘PERALIHAN’. Tau x kelas peralihan tu apa.Kelas yang pelajarnya x lepas BM semasa UPSR. Nampaknya kena COP MOHOR BESAR la muka ni.Tahun ni student ada 30 org. Seronok gak ngan budak2 ni. Hari pertama aku bagi diorang kuiz ejaan no 1-10 (dalam perkataan)mak ai..pening kepala. Ada yg x dapat eja dgn betul.wal hal sms skolah rendah benda tu dah diajar.plg2 pun yg betul pun 9/10.bayang kan..CTH ejaan (due, tigo, empa, lapang,semilan, sepulun)macam mana ni. Hari yg seterusnya aku test la diorg membaca sorg2..syukur. semua boleh baca petikan yang ditampal kat papan putih wlupun ada sebutan g x kesampaian.100% tahu baca. Ini akan memudahkanaku mengajar nanti. GEOGRAFI, aku ajar 4 kelas, syukur sekali lagi aku dapat 2 kelas yg ok, yg dua lagi tu tak la teruk sgt. Pelbagai karenah n fahaman mereka ttg Geo. Tp tahun ni aku ngajar 3 org anak guru sama sekolah…heehehehe

Friday, February 20, 2009

apa dah jadi dengan orang kita?

sekian lama tidak mencatat...
teringat 1 kisah yang diceritakan oleh kawan aku. Aku ni pendengar yang setia. diceritakanlah pada aku pasal kisah tentang kakak dia. (Bukan niat hendak memburukkan, mengaibkan @ menyusahkan sapa@) niat untuk mengingatkan orang lain dan diri aku juga supaya tidak berlaku kepada aku, kami, anda, kamu dan kita semua serta yang seangkatan dengan nya. ingin aku perdengarkan dan mendengar pandangan anda.beginilah kisahnya..kakak dia ni dah berkahwin, dah 4 pun orang anaknya. lama dah kahwin tapi hidup tak pernah senang (bukan nak kaya) cukup la hidup seperti orang lain. dikatakan sejak akhir-akhir ini kak ni sering makan hati berulam jantung (aa..lagu mana tu)gini..laki dia lama dah tak kerja.dah 2 tahun rasanya.dulu ada gak kerja, sekejap-sekejap berhenti kononnya majikan tak bagus. Entahla..akupun tak tau. Pernah gak jumpa kakak dia..rapat juga sebab selalu bertandang ke rumah dia. ada gak kak dia cerita. tapi kita tak berani la nak tanya lebih2. Memang betul. Laki dia ni hari-hari turun ke bandar. Perginya pagi balik petang. Melepak kat kedai kopi. Itulah dia.Tapi balik tu tak bawa apa pun.. sian kat anak-anak dia. Bini dia ni kerja, dulu berhenti kejap sebab bersalin anak ke-4. Kerja buat kuih, gaji RM 20 sehari. Bayangkan lah, gaji RM 20 je. 3 anak dah sekolah. duduk kat bandar lagi tu. Cukup ke?aku tengok memang kesian la. Kawan aku ni kata bukan tak tolong..dia pun dah penat memikirkan cara nak tolong. Setiap bulan dia bagi duit.(bagi aku lagi la abang ipar dia x nak kerja) sebab dia ingat tak kerja pun ada adik beradik bini dia tolong. Badan sihat lagi...nanti tua x ada orang nak upah kita bekerja. Nasibla...Si isteri pula yang kerja (memerah keringat)..la ni hidup diorang ibarat kais pagi makan pagi. Kalau bini dia kerja ada la duit tu..klu x kerja mana nak dapat duit. Akak tu pun kata dia dah malu dengan orang sekeliling..dah jadi buah mulut. Mana tak nya orang nak bercakap pasal kita. Bagi aku laki dia tu malas.dah lama tak kerja, jadi kebiasaan dah.Terfikir pula aku seketika ..andainya suatu hari kes emergency. Bukan nak.minta dijauhkan. Anak diaorang jatuh sakit. Diaorang sendiri ke? duit tak ada. Macam mana tu.... ada sambungan..

Tuesday, February 10, 2009

apa pandangan anda

Hari ahad yang lepas2, aku turun kl..Lama dah tak turun kawasan puduraya sejak tak belajar kat tanjung malim. Sesak lagi pudu ni. Tak habis2 orang yang sampai kl dan nak balik ke mana entah destinasi mereka ni. Hari tu pergi la ke hentian bas puduraya. saja je...nak tengok karenah manusia (hobi aku memerhati gelagat orang) ada je perlakuan orang2 tertentu yang kita boleh jadikan sebagai panduan. Semasa berjalan di bawah tempat 'parking' bas tu terlihat la orang yang meminta sedekah (OKU la kot, berkaca mata hitam) dia naik ke satu bas sambil diiringi seorang budak. Teringat masa aku masih belajar kat tanjung malim. Selalu je masa naik bas nak balik ke tanjung malim. ada la OKU ni (buta gak)tp muka tak sama ngan orang yang aku jumpa hari tu. Dia datang ngan sorg budak perempuan. remaja dah rasanya. Masa aku naik bas dia datang naik bas sementara bas kitaorg x gerak lagi. Dia minta la sedekah kat semua penumpang kat situ. 1st nampak kejadian gitu aku hulur gak. Pastu bila dah selalu (aku selalu balik kl pasal kakak ada kat sini) aik org sama wei. aku bukan x kesian @ takda hati perut tapi...fikir la sendiri. Korang bayangkan 1 bas ada lebih kurang 40 orang. sorg bagi la RM1 dah RM 40 kan. Bayangkan satu hari dia boleh naik 10 bas...imagine la.. RM400 tak gitu. Haru dik, org yang kerja kerajaanpun x dpt 400 shari. Kalau setiap hari dia buat gitu, 400X30 hari = 12000 wei sebulan. kalau lebih dari 10 bas. lagu mana. Bukan aku nak kata (xyah korang cakap), ada suatu ketika dulu org kata pendapatan pengemis di Malaysia sekitar RM 1000 ke atas sehari (dalam paper ada) Kadang2 diorg ni mengambil kesempatan, jalan mudah dapat duit..mengemis je..padahal ada yg sihat walafiat..tubuh badan.cari la kerja lain. Jangan dik, x berkat duit tu, kita nak bagi keluarga makan. ambik atas rezeki org namanya tu. Tak buat ape2. Tp itu urusan awak ngan Tuhan. tp aku ku lagi respect golongan (OKU) yang jual tisu, ada gak benda dia surving kat kita2 ni bukan meminta begitu2 ja. entahla..kalau betul memerlukan, xpe la. Tapi kalau niat kita lain tu renung2 la sendiri ya....

Saturday, February 7, 2009

orang kita

last 31st of january, teringat 1 peristiwa, di sebuah lapangan terbang, masa tu aku tengah beratur nak bayar barang di satu premis yang terdapat di situ. Masa tengah beratur tu, datang seorang pelancong yang dalam tekaan aku mat saleh la kot.ia la pelancong yang datang ke malaysia ni ramai mat saleh xpun arabian.Betul tak.klau x betulkan lah.Datang la si pelancong ni bertanya kat kaunter girl yg ada di situ. U hav a guide book? (ayat dia lbh kurang gini la)girl tu plak de je.buat tak je endah ngan dia. Aik, napa x layan, org tgh tanya tu.Skali lg dia tanya, pastu diaorg pun tanya blik apa benda yg dia nak. setelah susah menanya( nak xplain), kemudiannya dia tanya plak map of Malaysia. Bru diorg faham kot. Pastu dia girl tu suruh dia cari ke belakang. Aik, guide book tu kan buku panduan utk pelancong yg siap dgn peta lg. Aku slalu la tgk pelancong belek buku tu dlm LRT atau flight jd tau la. Pegi la si pelancong ni td ke belakang tercari2.aku plak tgh beratur. Beredar ja pelancong tu ke belakang mengomel plak si girl ni, ada ke dia kata org tu salah sebut(maksudnya sebutan x betul) ayo ama ini orang. Sah2 dia sebut ‘Guide Book’. Pastu ada plak dia cakap sebab tu dia malas layan, sebut ntah apa2 katanya (kononnya). cakap plak ada benda yg x sedap didengar.ada ke gitu plak. ke dia yg x faham apa org tu kata. mb org tu sebutan lain ckit la kot. aku rasa dia yg x faham tu. alahai. Belum lg ditanya benda lain. Gitu ka kita layan pelanggan lebih2 lg pelancong sepatutnya? Bagaimana jika kita plak yg bgitu masa pg tempat org?X faham apa benda pun bahasa org sana?lagu mana tu.jangan gitu dik. lg2 kita yg bekerja dalam bidang perkhidmatan.Kena berhadapan dengan manusia. Bukan komputer. Org kita gitulah..oh ya berbalik pada pelancong td, akhirnya jumpa juga ‘guide book’ tu lepas bertanya kat pekerja yang lain. elok la tu.