Monday, November 28, 2011

Jadilah yang fleksibel

hahhaha...teringat akan kata- kata seseorang yang ku anggap tokoh guru...kalau kita jadi guru biarlah kita jadi guru yang fleksibel, andai kata suatu hari nanti jadi pemimpin jadilah pemimpin yang bersedia mendengar pandangan anak-anak buah sebelum mengambil suatu keputusan, andai kita jadi pekerja bawahan, lakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas, tanpa perlu minta pembalasan yang menjadikan kita pengampu terhebat.

Kata-kata ini telah aku cuba guna pakai sepanjang aku berkhidmat dalam dunia pendidikan. baru-baru ini aku telahpun diberi tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk tahun hadapan. Seperti biasa mata pelajaran Geografi menjadi keutamaan bagi aku. Nampaknya tahun yang agak mecabar rasanya tahun hadapan. Tanggungjawab digalas apabila aku diminta mengambil alih mata pelajaran Bahasa Iban. Kelas peperiksaan pula tu. Macam mana nak buat, dahla aku sendiri broken Iban. Tapi aku terima ini sebagai cabaran secara positif (dalam hati, menidakkan). Apa aku nak ajar mereka tahun depan. Silibus pun aku tak tahu, jauh sekali format peperiksaan dan pengalaman mengajar. Aqai dai y...

bila teringat kata-kata di atas. Aku mula positif. Sebelum nipun aku pernah mengajar BM peralihan. Pun tidak mempunyai apa-apa untuk menjadi seperti mereka yang berpengalaman. Tuhan, jadikan aku mampu dan bersedia menggalas tugas ini. pakailah aku untuk membentuk anak-anak didik sedaya aku.

Wednesday, August 10, 2011

Demi kerjaya

Bukan mudah untuk bekerja dalam kalangan rakan sepejuangan yang ada pelbagai karenah, budaya, cara hidup dan adakalanya pemikiran yang agak sukar diertikan. Agak sukar rupanya laluan kerjaya ini kerana yang kita jumpa bukan hanya pelajar yang pelbagai ragam, malai pelbagai lagi keadaan kerja yang sukar dan berada dalam jangkaan aku.

Mengimbas kembali 2 tahun yang lalu pertukaran aku ke sekolah ini ku sambut dengan hati yang senang dengan harapan dapat berbakti pada anak bangsaku lebih-lebih lagi berada dekat dengan keluarga. Ku bertekad, aku boleh dan mampu jua melakukan yang terbaik. Sepanjang hampir 2 tahun di sekolah ini, banyak cerita, banyak karenah dan banyak perkara yang aku lalui yang adalah ketika ku terasa hilang semangat dan hampir tersungkur dan putus asa. Namun ku gagahkan jua membina semangat kerana betapa aku mencintai kerjaya ini. seingat aku, sepanjang aku berada di sini aku telah melakukan yang terbaik dan sedaya mungkin aku memastikan setiap yang aku lakukan bukan atas orang lain, malah adalah daripada diri aku sendiri.


Tuesday, August 9, 2011

Menemui hobi baru

Hari ini aku rasa senang sangat..Tak tau kenapa. Banyak perkara yang berlaku di dalam dan diluar jangkaanku. Wah indahnya dunia. begitu banyak yang kena aku lalui menambah perisa kehidupan ini. Tiba-tiba aku mendapat idea hari ini.. Ku jumpa sesuatu ketika tengah mikir hal-hal kerja. Erm...nampaknya menjadi la 1 rantai manik yang aku buat. Siap sepenuhnya selepas bertungkus lumus belajar. Berbaloi la. Boleh la aku buat lagi rantai-rantai manik pada masa akan datang. Dan dari itu aku ingat nak wat biz kraf tradisi. Boleh buat. Boleh la tambah income sedikit. Akan ku laksanakan janjiku pada diriku.

Tuesday, July 12, 2011

terubat rindu ini

Hari ini terasa senang hati dan ceria, kerana petang tadi sempat pergi menjenguk Nathanael Xavier. Hanya Tuhan tahu betapa aku merindui wajah itu. Tak terasa mengalir air mataku, kerana dapat jua ku menatap wajah kesayanganku dan melepas rindu di dada. Semoga Nathanael dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dilimpahi kasih sayang. Biar kita berjauhan, diharap kau betah untuk ku tinggalkan sementara..

Sunday, July 10, 2011

Duniaku tanpa Nathaneal Xavier

Hari ini buat pertama kalinya Nathanael xavier berjauhan denganku. Nampaknya minggu ini terpaksa aku menempuhi hari yang agak sukar. Terpaksa menanggung kerinduan pada Nathanael dan terpaksa menjalani hidupku tanpanya. Owh tidak.


Balik ke sekolah, sampai je rumah, semuanya kosong seakan jiwaku tertinggal di sana. Betapa aku merindunya. Bukan niat dihati untuk berjauhan dengan buah hati, permata jiwaku itu, tetapi keadaan memaksa. Barangkali ini cabaran terpaksa galas, mampu ke aku menanggungnya. Adakah hanya untuk minggu ini sahaja atau sebulan lagi.


Betapa aku merindui gelak tawanya, senyum manja yang sentiasa membuatku ceria. Betapa aku ingin sekali membelai wajah kesayangan beta. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa melakukan rutin harianku. Dapatkah aku melalui hari-hari yang kini diluar kebiasaanku. tidak sabar rasanya ku menanti Jumaat ini agar dapat ku ubati rindu ini pada dia yang menyeri hidupku. Tanpamu agak suram hari hari ku.Emosinya diri atau mungkin inilah naluri wanita yang bergelar ibu buat anak terkasih Nathanael Xavier..

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu 2011

Tahun yang penuh bermakna, hari ini buat pertama kalinya aku meraikan dan diraikan sebagai seorang ibu. Thanks God...Hari yang sangat bermakna. Walau tiada sebarang majlis dan hadiah, hati ini tidak henti mengucap syukur. Harapan aku agar aku mampu menjadi ibu yang terbaik, menjadi contoh buat anakku dan sentiasa ada untuk anakku.




Teringat pula dengan arwah ibu. Ibu pergi tak kembali. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Kasihmu ibu tak terbalas dengan apapun. Aku mengharapkan aku jua sepertimu yang sentiasa cekal dan tabah dalam mendidik aku dan anak-anakmu yang lain. Walau engkau jauh di sana ku mohon agar engkau sentiasa merestui apa yang ku lakukan. Tak sempat ku mohon maaf atas segala kesilapanku yang mungkin ada melukakan dan menyinggung hati mu. Namun ku tau kasihmu lebih besar dari itu.




Rindu ini hanya Tuhan yang Tahu...

Thursday, May 5, 2011

anak mummy tumbuh gigi

Hari ini anak aku tercinta tumbuh gigi pertama. demam dia tak lalu nak menyusu dan makan. Lemah je muka.. Apa nak buat. dah gigi nak tumbuh. Tapi aku kesian kat dia. dalam demam demam masih lagi boleh bergurau...Sayang anak mummy

Siapa aku untuk menghakimi mereka

Lama dah tak menconteng di sini. Sibuk dengan aktiviti sekolah, line tak berapa elok dan paling penting banyak masa dihabiskan bersama anakku terkasih. Kesibukan ini membuatkan aku sekali sekala membuat aku rasa seronok sebab tak perlu mikir benda lain. Tambahan pula minggu ni exam stat dah. Tapi menengah rendah mula lambat sikit exam...



Akhir-akhir ini banyak perkara berlaku. yang dijangka, yang tak dijangka dan tak kurang gak yang minta jangkaan (erm). Aku ni bukan manusia yang suka menyibuk atau sengaja menyibukkan diri dengan kisah-kisah orang lain. Tapi semenjak dua menjak ni aku jadi sakit mata bila memandang, sedikit rasa muak plak dengan sesetengah pihak. aku manusia juga ada telinga aku tengok la, ada mata aku dengarla. tapi betul ke x (meh la jawab wei) biar mereka sendiri menjawab. Ada gak rasa menyampah, x suka dan meluat dengan perangai mereka-mereka ini. Minta maaf la ya kalau ada yang terasa. Buruk benar perangai gitu. akupun tak tau. Aku ke yang terlalu prejudis terhadap mereka atau aku tak berapa suka atau aku memang tak suka dengan benda-benda gini.




Sekarang ni plak begitu banyak politik kerja hingga merimaskan aku. Aku terfikir, ada yang kian menunjuk kuasa, tak kurang ada yang sakit hati, ada yang buat tak tau, ada yang termakan hati, ada yang, ada yang berkuasa sering disalah erti, ada yang tiada kuasa p tunjuk diri ( aku ada member kad). Tak kurang yang datang tp x bekerja (apa maknanya), ada yang masuk kelas terus marah2 pelajar, tak kurang yang langsung tak masuk kelas tapi tak tinggal kerja kat pelajar. Ada plak yang tak ambil kisah....mangsanya pelajar. Bukan kata aku ni yang terbaik. Tak. Tapi aku cuba mencari yang terbaik untuk pelajar.




Apa yang perlu kita lakukan??????????Cuba mencari penyelesaian.






Saturday, March 19, 2011


Makanan tradisi yang menjadi pembuka seleraku hari ini. Buah dabai. Mahal gila boleh mencecah RM 30/kg.
Sedap hingga tambah 2-3 kali nasi.
Posted by Picasa

Thursday, March 17, 2011

Kami best


Wajah-wajah yang ku rindu, Apakhabar korang semua saat ini. Rindunya aku zaman kita di universiti. Bila agaknya kita bertemu lagi.. aku doakan semoga kalian gembira dengan kehidupan masing-masing.
Nor, Mauz, Amoi, CT,Wani
Posted by PicasaJangan Lupa ini!!!!
KAMI BEST!!!!!!!

Friday, March 4, 2011

Kembali bersua....setelah sekian lama..line internet tak berapa nak ok kat sini, jd nak online susah la sikit.tak pe la...
Banyak benda yang berlaku akhir-akhir ini, panas-panas dan panas. Entahla, nape la mulut tak berhenti nak berbicara. Mungkin kerana sakitnya mata akibat pencemaran atau kerana semakin sakit mata yang memandang atau kerana dah lumrah manusia suka membicarakan sesuatu yang dianggap menarik walaupun tidak sehebat mana.
Penat, rimas, letih dan tak larat dah aku nak menanggung ini. Bukan niat, tak terfikirpun untuk mengaibkan. Minta maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati, dan tersinggung perasaan. Sebenarnya bukanlah sifat aku untuk menyibuk atau menjaga tepi kain orang. Tapi dek kerana selalu benor dan sakit sungguh mata ini membuatkan aku sedikit menyibukkan diri. Gini, ada la hamba Tuhan tu, yang aku kira dah tidak mempunyai hempedu malu atau perasaan atau saja2 dia buat gitu. ni la akibatnya jika kita terjebak dengan Kasus (bahasa indonesia) yang akhirnya sukar untuk kita leraikannya. Kisahnya, aku tak tau la, ada tak dia rasa bertanggungjawab atau tak rasa berdosa ke dia bila meninggalkan kerja hingga menyusahkan rakan sekerja, apatah lagi tinggalkan client gitu je. Kesian la kat rakan2 sekerja kita. Jangan hanya fikir seronok ko la cik kak.
Kadang-kadang aku tengok kawan ni memang dah jauh berubah, DULU bukan main, semua kerja diberi diselesaikan segera, apa je kerja orang bagi diterima tanpa membantah, aik copat benor ekau berubah..agaknya DULU tu lakonan je kot sebab mulut terlalu manis bila berkata-kata. Jangan la gitu. Cukup-cukup la. Kang tak habis-habis cerita tentang engko bermain di bibir orang. Malu aku sebagai seorang rakan sekerja dengar. Kisah dia yang lain, segan aku nak cerita lebih-lebih. Biarla...
yang aku tau aku enjoy dengan kerja aku