Sunday, October 25, 2009

Amanah dan Tanggungjawab siapa???




Hari ni aku rasa macam nak marah je. Tapi tak tau nak marah sapa.cuba korang perhatikan foto di atas. Balik dari Melaka tadi aku terus g cek peti surat bawah rumah. Tak sangka, terkejut aku tengok sampul surat yang dialamatkan kepada aku terkoyak seperti yang awak semua tengok kat atas foto tu(Aku langsung tak buka lagi, seperti masa aku mula-mula ambik tadi). Bukannya apa, tak pernah terjadi macam tu. Kot ya pun orang nak ambik setem tak pa la. Ko ambik la. Ni siap bukak lagi. Tak tau pasal apa. Ingat duit ke yang ada dalam sampul surat tu. Sadis kalau macam ni. Kena barang dokumen yang penting macam tu. Habis la. Siapa aku nak persalahkan????? Sape?????? Pejabat Pos?Posmen atau ada orang yang buka sampul surat tu dengan sengaja sebab dia ingat DUIT????Manusia-manusia...Kepada mereka/anda/awak/kamu dan kita semua yang baca artikel ini, jangan sesekali anda poskan sebaramg dokumen yang berharga. Kalau nak pos pun, biarlah berdaftar..

Monday, October 19, 2009

Makan Limau Cegah Lapar

Petikan : Rapi Okt 09

Fakta ini benar yang aku bacadari majalah rapi. Dikatakan dengan makan buah limau kita akan berasa kekenyangan. Ditulis dalam 'Journal of The American College of Nutrition' yang dinyatakan bahawa pektin sejenis serat yang ada dalam lapisan putih limau dapat cegah rasa lapar sehingga 4 jam. Tak salah mencuba kan, Terutamanya bagi yang tengah diet tu... Tapi, jangan terlebih plak lah ya, sebab ia mengandungi asid. Tak pasal jadi penyakit lain...

Friday, October 16, 2009

Happy diwali to all Malaysian

Baru balik dari Melaka, sampai umah pukul 12.00. Letih sangat, tapi enjoy...Hari ni dah Deepavali rupanya...Dengan ini aku ingin melafazkan ucapan selamat hari deepavali untuk semua yang beragama hindu.. Semoga Deepavali kali ini memberi lebih makna kepada anda. Walaupun bukan beragama Hindu, TETAPI sebagai warga MALAYSIA marilah kita sama-sama merayakan perayaan ini. apa salahnya kita kunjung-mengunjungi jiran tetangga...sebaiknya kita lakukan agar perpaduan terus dikekalkan... Salam

Monday, October 12, 2009

Hari ni balik jaga periksa PMR, aku gi sekolah dulu, pastu tunggu taxi nak balik rumah, on the way balik, ada raodblock polis. Akupun tak tau apa yang diaorang cari. Nak dijadikan cerita aku duduk kat tempat duduk belakang. Sampai kat depan diaorang disuruhnya pemandu taxi tu berhenti. Pastu dengan nada yang agak kurang sedap didengar sorang tu kata.
Polis 1 : XXXXX cek belakang..(tat mean aku la)
Aku : (dalam hati) apasal plak diorang ni?
Polis 2 : Orang mana? (Ditanya dia macam tu)
Aku tak rasa takut atau gabrapun sebab aku tak salah apa
Aku : Orang Sarawak. Nak tengok I.C ke? (Akupun buat selamba je)
Polis 2 : Jauhnya kerja, kat mana?
Aku :Cikgu, mengajar kat .........
Polis 2 : Ohhhhhhhhhh (panjang oh dia) Cikgu.
Aku : Nape? Cari orang Indonesia ke?
Polis 2 : Tak la, ada suspek.....
Kitaorang teruskan perjalanan.. Yang aku tak puas hati tu,muka aku ni ada macam penjenayah ke @ orang asing yang tak da permit mai malaysia. Pastu bila aku cakap kerja cikgu, baru nak rendahkan suara. nape nak pilih bulu.. Nak kena kerja kerajaan ke baru diaorang bersopan ckit. Tolong la, kalau ya pun nak cari penjenayah, tengok la orang cam ne.
Kita ni berkerja yang kena menghadap orang ramai. Kena orang yang nipis sikit telinga. Engko fikirla sendiri. Bukan nak salahkan mereka, sebab memang tanggungjawab mereka macam tu, tapi biarla beradab sikit.

Wednesday, October 7, 2009

Peperiksaan kini

Aku baru balik dari jaga periksa PMR. Hari ni paper BM 1 & 2 serta Pendidikan Islam. Masa jaga tadi, ya Tuhan aku tak tau la apa nak jadi ngan budak-budak sekarang. Bukan seorang tapi ramai pelajar yang tunggu 30 minit pertama dan terus keluar. Masuk kelas, pastu langsung tak buat apa-apa dan ada yang tido je. Cukup 30 minit pertama semua pakat keluar dari dewan periksa. Sedihnya aku. Walaupun bukan sekolah aku. Mesti guru-guru dia terkilan. Bayangkan 30 minit je duduk periksa, tak tau apa yang diaorang jawab.
Itulah cabaran kita bagaimana hendak memberi kesedaran pada mereka ni. Teringat dulu, masa aku masih bersekolah, Cikgu pesan, petua nak lulus (paling tak lulus kan). Jangan sesekali keluar awal. Tunggu hingga habis waktu exam. Bagi aku petua itu memang berkesan. Aku tak pernah gagal periksa. Tapi tak tau la, kalau yang memang tak buat langsung (kes berlainan). Sebab sekurang-kurangnya jika kita tunggu sampai habis masa kita buat la jugak kan.
Budak-budak sekarang tak fikir dah, dia tau lulus atau tak pasti dapat sambung Tingkatan 4. Mungkin itu salah satu faktor mereka buat tak kisah. Tapi itu lah, nak kata macam mana.
Apapun diharapkan semua pelajar yang menduduki PMR membuat yang terbaik.

Tuesday, October 6, 2009

Berapakah Simpanan Anda?

Nape tanya simpanan aku.... Adalah......Cikit je.... boleh la cukup untuk hari tua....tak pe la, banyak masa lagi nak simpan.... ( Ini antara jawapan kita apabila diajukan soalan di atas) atau anda ada jawapan yang lebih meletup.

Bila berbicara tentang simpanan, susah la nak jawab. Aku sendiripun kadang-kadang simpan, pastu ambik balik. Pastu simpan semula. Kena plak banyak nak guna duit bulan tu, tak dapat nak simpan semula duit yang sudah digunakan. Begitulah jika tak de perancangan dan disiplin untuk menyimpan.

Buat masa ni aku ada buat simpanan tetap. Kalau tak buat gitu alamatnya tak tersimpan la duit. Ni baru tahun kedua aku buat penyimpanan. Bayaran setahun sekali je. Untuk anda, bila lagi nak buat. Mulakan dengan 5% duit gaji anda. Bila dah rasa ok, bulan depan simpanla 10 %. Anda akan nampak sendiri hasilnya lepas bersara.

Bersediakah anda

Esok adalah peperangan fizikal dan mental bagi anak-anak cemerlang di seluruh Malaysia. Esok PMR bermula. Sudahkah anda bersedia anak bangsaku. Semoga anda bersedia dengan segala senjata. apa yang diharapkan adalah kejayaan anda semua. Tiada hadiah yang paling bermakna bagi guru-guru kalian selain menyaksikan kejayaan kalian.

Untuk bekas pelajar aku di SM Convent, Taiping Perak. Semoga anda semua berjaya. Buatlah yang terbaik.
Jawablah dengan tenang. Semoga Tuhan memberkati segala usaha anda semua..
AMEN.................