Tuesday, July 21, 2009

minggu peperiksaan

Minggu ni pelajar semua periksa, sampai khamis ni. Some teacher so happy sebab tidak perlu mengajar. Aku juga begitu. Dah la jerebu melanda KL rasa tak sihat je. Tapi syukur hari ni got raining. Hilang la jerebu itu tidak lama lagi.
Tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal jerebu. Sudah pasti about my student. i'm so scared every time my student got exam. Entah la, aku plak yang takut, budak-budak tu tak rasa apa pun. Aku paling takut nak tengok jawapan dan markah pelajar lagi-lagi paper geo. Berapa agaknya diaorang dapat nanti?lulus ke budak-budak ni? Kalau tak, mau tak sadis aku kena menjawab.
Last 2 period hari ni aku masuk kelas 1Y. 2nd last classes in our school. Tadi paper sejarah. Huh.. aku yang mengalami tekanan rasa, dahla kena jaga kelas, aku paling tak suka waktu peperiksaan, mengantuk satu hal, nak kena tunggu budak-budak tu habis periksa. Tak tau nak buat apa. Lagi suka mengajar sebab masa berlalu tak rasa sangat. Tapi tadi yang paling aku sedih, salah seorang pelajar, langsung tak buka kertas soalan, dia tanda je terus kertas jawapan. Tak tau lah nape? Kira dia pakai nuklear tak pe gak, mungkin la kena, tapi ni sah-sah akan salah, sebab langsung tak membaca kertas soalan (dibiarnya kertas soalan tu tak dibuka hingga ke sudah)
Macam mana la markah dia tu agaknya nanti. Sorang pelajar plak asyik dok tanya jam je kerja dia. 15 minit pertama siap dah dia... sadis sangat. Tengok la nanti berapa la yang mereka dapat. aku harap yang terbaik untuk mereka.

Sunday, July 19, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran anda


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh

Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.

* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.

* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.

* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.

* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.

* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.

* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

* Sangat berani dan suka memberontak.

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.

* Sangat pemalu dan pemendam rasa.

* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.

* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.

* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.

* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.

* Punya bakat seni dalam bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.

* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.

* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.

* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.

* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.

* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.

* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .

* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.

* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.

* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.

* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.

* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.

* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.

* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.

* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.

* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.

* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.

* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.*

Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.*

Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.

* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.

* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.

* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.

* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.

* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.

* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.

* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.

* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.

* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.

* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.

* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.

* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.

* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.

* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jalan tengah.

* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.

* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.

* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.

* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.

* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.

* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.

* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.

* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.

* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.

* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.

* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.

* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk di rumah.*

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.

* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.

* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.

* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.

* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.

* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.

* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Adakah semua yang tersenarai ada kena mengena dengan anda. Mungkin tidak semua berkaiyan atau langsung tidak berkaitan. Ini hanyalah berdasarkan tinjauan yang telah dibuat. Sekiranya tak adapun, jadikan ia sebagai panduan untuk membaiki diri.

Aku lahir bulan Januari, adalah sedikit sama ngan aku. Terutamanya yang pertama sekali.

Thursday, July 16, 2009

Keluarga adalah utama

Pagi dah ni, tak dapat nak tido lagi.. Member serumah semua dah lena. Aku tercongok lagi depan laptop ni sambil memikirkan banyak benda. Sejak dua menjak ni, aku dah menjadi seorang pemikir pula..Tapi itu la aku. Tiba-tiba rasa rindu pada keluarga nun jauh di sana... Rindu sangat. Masa ni la rasanya nak kongsi cerita dengan family. Teringat masa berborak ngan adik siang tadi, cerita pasal masa zaman kecik-kecik dulu. Kini adikpun dah ada family sendiri. Lain sedikit rasanya. ingin sekali aku kembali ke waktu itu. Semuanya seronok. Walau ada kalanya selalu bergaduh ngan adik (aku tak nak mengalah). Bila kenang balik best juga waktu itu. Ingat lagi kat bendang main-main pondok-pondok. Tapi yang pasti comot la muka aku masa tu.


Kata kakak, akulah adik yang paling keras hati, keras kepala dan tak suka mengalah walau dengan adik sendiri.., (em malunya) ya la kot, sebab tu aku boleh berjaya. Tapi nenek selalu cakap akula cucu paling dia sayang (bahagianya).


Kini aku pun dah berkeluarga, semua kakak dah berkeluarga. Rindu sangat ngan mereka. Walau siapapun aku kini, di manapun aku, aku adalah aku yang dulu. Masih milik keluargaku. Sesungguhnya, hubungan kekeluargaan itu menjadi keutamaan bagi aku kerana tanpa kasih sayang dan sokongan mereka aku tidak akan berada di sini seperti hari ini.



Lovely Sister (On my wedding)

Fariz Mama, Mummy Bebenz, Aku, Mummy Veny, Mummy Emi

New family



Thursday, July 9, 2009

Mengapa cikgu suka cuti

Penatnya hari ni, minda dan tenaga. Aku hampir mengalami tekanan hari ni (Banyak cikit tertekan). Hari ni kena prepare untuk hari terbuka esok. Tak menang tangan hari ni. Laporan SMD pelajar nak kena print, nak kena susun dan agihkan pada guru lain. Huh...peningnya. Ni tak habis lagi, sampai aku banyak kerja balik rumah. Itu la dia. Dah tanggungjawab. Tak tau lagi apa yang terjadi esok. Nak kena jumpa parent...banyak benda nak kena buat. Aku rasa la, sebab tu ramai cikgu yang tak tahan dengan tekanan dan beban kerja memutuskan untuk mengambil cuti MC ke, CRK ke atau apa2 je cuti yang boleh diambil. Selagi boleh.
Berikut adalah antara sebab musabab cikgu suka cuti yang aku fikir (tapi x sure) tapi aku tetap fikir yang ni gak kadang-kadang aku pun nak buat macam ni. Tapi syukur tahun ni aku hanya pernah 1 kali je ambik CRK (kerana nak balik Sarawak) 1 kali ambik MC masa birthday aku, kena demam panas sampai kena check darah suspect denggi. Sadisnya...
Antara sebab yang terfikir adalah:
Kalau aku bercuti, tak payah la aku nak mengadap muka anak-anak murid yang menyakitkan hati dan tak pernah nak dengar kata. Cikgu mengajar dengan ikhlas (Kalau yang ikhlas), sampai hilang suara, semput sampai rasa nak mati, kena tekanan darah tinggi, tapi pelajar yang memang dah 'berkarat'( Bukan tak pandai tapi nak kata degilnya alahai, hanya cikgu tu sendiri yang tahu) buat tak kisah je, buat de je, memang diaorang tak pernah kisah pun (bagi pelajar yang begini je). Tak lulus periksa tak pe, mak ayah banyak duit. Boleh plak kerja besar, gajipun besar. betulkan?????
Macam mana nak ikhlas mengajar diaorang ni. Dah la tak nak belajar, bising pula, buat hal lagi..(ni pendapat sesetengah cikgu) Aku sendiri kadang-kadang naik angin 1 badan, tapi disebabkan tanggungjawab esok masuk kelas tu semula kena mengajar gak. Jadi bila naik angin tu, aku terus marah kat dalam kelas hari tu gak. Kalau tak maunya aku tekanan darah tinggi lepas tu. Keluar kelas habis dah la. Esok mulakan yang baru plak. ( ada ke yang boleh terus lupakan kemarahan hari tu) Senyum la dalam kepeningan dan tekanan jiwa kita itu. Buat apa susah-susah nak fikir.
Tak kurang gak cikgu-cikgu yang fikir kalau aku cuti tak payah aku nak mengajar subjek yang dipaksa untuk diajar. memang la ni, ramai dalam kalangan warga pendidik kena jadi guru 'serba boleh' can be anything. Ingat lagi masa study dulu lecture aku cakap kita kena jadi orang yang serba boleh. Sebaiknya begitu la kita dan biar la kita sentiasa boleh sesuaikan dengan keadaan. Oleh sebab yang demikian, aku mampu mengajar Bahasa Malaysia yang memang subjek yang paling aku tak suka zaman sekolah dulu walau x ambik pun course ni....
Ada gak, yang fikir boleh mengelakkan karenah mak bapak yang suka sangat mai sekolah komplen tentang anak-anak kesayangan depa (Memang la, anak ku tercinta). MASALAHNYA, semua yang datang tu tak ada yang datang nak berbaik-baik @ memikirkan cara mengatasi masalah TAPI ramai yang datang (tak semua, ibu bapa yang terlibat jangan la terasa hati ya) nak menyalahkan SEKOLAH, CIKGU senang cerita nak cari sekolah punya salah. Anak dia tak je yang betul. Entah la....mana taknya bak kata aku dalam coretan yang lepas-lepas, jangankan semut, kuman pun tak mati dipijaknya.
Antara lain, 1 hari tak datang dapatla menyelamatkan keta aku dari dicalar atau dijadikan mangsa Vandalisme. Lagi la kalau mu jadi guru displin. di sekolah guru displin la yang paling jahat di mata pelajar. Kesian guru displin, walau mereka dipaksa rela dan merelakan diri menjadi guru disiplin, niat mereka telah disalahertikan.
Kalau dapat cuti, dapat la berehat kejap daripada mendengar kutukan atau teguran guru lain @pihak atasan. (Minta maaf banyak-banyak). Kadang-kadang kita rasa tension sangat walau teguran itu untuk memperbaik prestasi kerja kita. Tak semua cikgu boleh terima. Di samping itu, bagi cikgu yang suka mengumpat tu, boleh la dia kurangkan mengumpat atau bergossip, kiranya dia bercuti kan. Bagus la tu....
Yang paling penting, aku boleh la menjadi orang biasa, orang kata jadi cikgu best, cuba la anda jadi cikgu dalam sehari, dapat la rasa yang kami rasa. Jadi cikgu banyak tekanan. Cuma kena pandai kendalikan tekanan itu. sekolah harap cikgu dapat bimbing anak murid jadi pelajar cemerlang, Mak bapak lagi la, konon nak hantar ke sekolah yang terbaik, tapi jika attitude tak berapa nak betul, macam mana?????? Hakikatnya, cikgupun manusia biasa gak, sebagus manapun sekolah atau cikgu itu, kalau anak murid tak nak belajar tak bagus jugak hasilnya.
Jadi sama-sama kita fikir dan renungkan sejenak. Bila kegagalan itu yang menjadi hasilnya, usah ditunding kepada orang lain puncanya. Lebih baik memperbaiki institusi yang sedia ada. Harapan agar semua sekolah dapat melahirkan atau mengeluarkan modal insan (yang bukan cemerlang akademiknya semata-mata tapi sahsiah diri juga perlu ada dalam setiap orang yang berjaya)
Aku minta maaf kepada sesiapa yang rasa dirinya terlibat atau dilibatkan dalam kisah hari ini. Aku tak berniat dan tak teniat untuk menyentuh hati dan perasaan sesiapa. Ini aku punya pendapat je mungkin pandangan anda lebih baik. ....
Semoga kita sentiasa mencuba untuk membuat yang terbaik......... wala..

Sunday, July 5, 2009

Nilai Di sebalik Hadiah

Hari Guru telah berlalu beberapa bulan yang lepas. Namun masih lagi segar dan kekal dalam mindaku (jiwang la plak). Aku antara ratusan guru yang turut menerima hadiah daripada pelajar seperti juga guru-guru lain. Bukannya apa, orang kata la ni susah cikgu nak dapat bunga. Betul ke? aku dapat je.. Hehehehe..tapi tak kurang gak simpati ngan cikgu lain yang tak dapat hadiah (Bukan Bangga Diri sebab dapat hadiah) jauh sekali niat gitu. Lagipun rasanya cikgu tak mengharap sangat kat hadiah yang berbentuk barangan daripada pelajar ni.

Hadiah paling bernilai yang cikgu NAK SANGAT dapat adalah bila pelajarnya berjaya. Seronoknya bila ngajar 45 orang pelajar 1 kelas semua pelajarnya berjaya. Kalau aku la, bukan main lagi seronok kalau pelajar dapat A.. Bukan kata aku tak seronok ngan yang tak dapat A. Tapi berbaloi ngan usaha dan penat lelah kita. Betul kan? betul la aku cakap. Lagi la, kalau ada pelajar yang dah habis sekolah tapi STILL ingat kita. Terharu rasa. Ni tak sesetengah pelajar (ada la) tahun lepas aku ngajar diaorang bila dah naik upper form terus tak dipandangnya muka aku. Limpas bahu @ tersadung kaki pun buat tak tau je. Jauh sekali nak bagi salam, sedih rasa. Tapi tak pe la, doakan kejayaan korang.

Koleksi Hadiah 2009

Jamuan Khas Untuk Aku Daripada Pelajar IR
TQ untuk kek.. love it








Thanks t0 all my student 4 ur support, your attention in my class, y0ur love ..
Luv u all...

The One Minute Teacher

Everyone Of Us is Both A Student and A Teacher.
We are at Our Best When We Each Teach Ourselves What We Need to Learn.
I Take One Minute A Few Times a Day To Look At My Goals
And See What I Want to Learn.
I Can Teach Myself What I Want To Learn More Easily
By Taking One Minute To Catch Myself Doing Something Right
The More Often I Have A Good Attitude
The More Often I Have A Good Day
When I See that My 'Bad' Behaviour is Pretending Me From Learning
What I Want to Teach Myself I Remaind Myself That
I Am Good
I Am Better Than My Behaviour
My Good Self Changes My 'Bad' Behaviour and I Recover
I look At My Goals
And I Look At My Behaviour
When I See
That Im Doing Something right
I Take A minute To Praise My Behaviour.
What I See In My Mind Is What I Get In My Life.
The More Ofen We See What Is Good About Us
The More We See That Good In Others.
I Know I am Not My Behaviour
I Can Change Whatever Behaviour I Feel Is Bad For Me
Becouse I Always Have My Goodself
To Drow Upon.