Wednesday, August 10, 2011

Demi kerjaya

Bukan mudah untuk bekerja dalam kalangan rakan sepejuangan yang ada pelbagai karenah, budaya, cara hidup dan adakalanya pemikiran yang agak sukar diertikan. Agak sukar rupanya laluan kerjaya ini kerana yang kita jumpa bukan hanya pelajar yang pelbagai ragam, malai pelbagai lagi keadaan kerja yang sukar dan berada dalam jangkaan aku.

Mengimbas kembali 2 tahun yang lalu pertukaran aku ke sekolah ini ku sambut dengan hati yang senang dengan harapan dapat berbakti pada anak bangsaku lebih-lebih lagi berada dekat dengan keluarga. Ku bertekad, aku boleh dan mampu jua melakukan yang terbaik. Sepanjang hampir 2 tahun di sekolah ini, banyak cerita, banyak karenah dan banyak perkara yang aku lalui yang adalah ketika ku terasa hilang semangat dan hampir tersungkur dan putus asa. Namun ku gagahkan jua membina semangat kerana betapa aku mencintai kerjaya ini. seingat aku, sepanjang aku berada di sini aku telah melakukan yang terbaik dan sedaya mungkin aku memastikan setiap yang aku lakukan bukan atas orang lain, malah adalah daripada diri aku sendiri.


Tuesday, August 9, 2011

Menemui hobi baru

Hari ini aku rasa senang sangat..Tak tau kenapa. Banyak perkara yang berlaku di dalam dan diluar jangkaanku. Wah indahnya dunia. begitu banyak yang kena aku lalui menambah perisa kehidupan ini. Tiba-tiba aku mendapat idea hari ini.. Ku jumpa sesuatu ketika tengah mikir hal-hal kerja. Erm...nampaknya menjadi la 1 rantai manik yang aku buat. Siap sepenuhnya selepas bertungkus lumus belajar. Berbaloi la. Boleh la aku buat lagi rantai-rantai manik pada masa akan datang. Dan dari itu aku ingat nak wat biz kraf tradisi. Boleh buat. Boleh la tambah income sedikit. Akan ku laksanakan janjiku pada diriku.