Friday, March 27, 2009

Kenali diri anda untuk membantu diri sendiri dan orang lain

Ramai antara kita tidak pasti dengan bakat yang ada dalam diri. Tak kurang juga yang tahu tetapi tidak mengaplikasikannya atau cuba untuk mengembangkan bakat yang ada. Orang putih kata "Gift' yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada anda. Setiap kelebihan itu telah ditentukan oleh Tuhan. Sama ada anda suka atau tidak. Malah anda kena terima kelebihan yang ada pada orang lain tapi tidak ada pada anda. Kena ingat, kita ni adalah sebaik-baiknya kejadian. Ada sebab kenapa kita mendapat anugerah yang berbeza dengan orang lain. Jangan mengeluh kiranya anda tidak 'dianugerahkan ' sebagaimana kawan, kakak, abang atau sesiapa sahaja. Paling penting kita kena kejar dan bersyukur serta menghargai apa yang Tuhan telah anugerahkan kepada saya, awak dan kamu. Tak ada siapapun yang memilih bakat diri sendiri. Bukannya seperti memilih baju dipasar raya. Nak ambik dan beli. Tak nak pilih yang lain. Bukan begitu ya. Sama juga sebelum dilahirkan, Tuhan dah tentukan siapa keluarga kita. Ada sebab dia nak kita lahir dari keluarga tersebut. Jadi tidak sepatutnya kita menyesali kiranya lahir dalam keluarga yang tidak seperti anda inginkan. Betul tak? kita sambung lagi.....

Tuesday, March 24, 2009

imbas kembali.....

Hari ni masuk kelas 1K. Aku mengajar seperti biasa. Seronok mengajar hari ni. Makin hari aku rasa makin seronok kerja dalam bidang ni walaupun tekanan banyak. Tapi keseronokan melebihi tekanan. Teringat masa zaman sekolah dulu bila lihat telatah pelajar dalam kelas. Diaorang ingat kita tak nampak apa diaorang buat kat belakang. Aku tau. Walau mata ada dua tapi boleh nampak semua yang diaorang buat. Akupun pernah melalui zaman sekolah. Tau sangat muslihat pelajar. HAhaha (lebih kurang la dulu) Pelajar mula la tanya pelbagai soalan. Antaranya CIKGU DULU NAKAL TAK? CIKGU DULU SUKA SUBJEK APA? SUBJEK APA YANG PALING CIKGU TAK SUKA? Bila imbas semula aku ni tak la senakal mana. Tapi main-main juga la. Sebab tu la exam tak pernah dapat tinggi. hehehe. Balasan. Kelemahan pelajar sekarang hampir semua subjek diaorang tak suka sebenarnya. Ni nak khabo kat sesiapa yang baca, tak kira anda pelajar atau sesiapa yang rasa berkenaan. Sebenarnya niat kita perlu dibetulkan. Aku ada la penyesalan sikit sebab tak suka subjek sejarah. Kalau aku minat mesti dapat A1 SPM. Tapi disebabkan aku tak suka cikgu sejarah, minat dan persepsi aku terhadap matapelajaran tersebut pun tak ada dah. Nak betulkan, tak baik kita buat gitu. Tak elok benar tingkah laku. Bila kita tak suka cikgu, jadi kita tak suka subjek tersebut dan seterusnya kesan kepada akademik kita. Sadis bila dapat keputusan tak cemerlang. Sekali lagi betulkan niat kita. Tak kisahla cikgu tu ngajar macam manapun yang penting kita belajar. Sebab itu tanggungjawab kita. ANDAI tak suka cikgu jangan tak suka subjek tu. Menyesal nanti dik. Sama gak dengan kehidupan harian kita. Bila kita tak suka sesuatu apa-apa yang kita buatpun ada je yang tak sempurna. Betul kan. Aku cakap betul sebab aku pernah mengalaminya zaman sekolah dulu2. Sama la dengan kerja kita. Lakukan dengan betul. Bila buat dengan hati yang tak senang atauterpaksa, tak CANTIK kerja tu nanti. Jadi lihat sesuatu itu dengan pandangan yang positif. Pastinya hasilnya pun akan positif. Sama-sama kita jadikan hidup lebih menarik.

Tuesday, March 3, 2009

Malas punya pasal

Pernah tak anda rasa malas yang teramat sangat. Huhuhu..ingat kerja rasa menyampah sangat. Ini bagi mereka-mereka, awak, kamu, anda, saya, aku dan sesiapa-sesiapa sahaja yang bekerja. Ini kisah benar. Memang berkaitan dengan yang hidup dan mati. Berkaitan dengan anda dan aku? Kiranya tak berkaitan dengan anda pun baca ja lah. Masa sekolah dulu hari yang paling aku tak suka adalah hari ISNIN, nape ek? Sebab aku dah cuti sabtu dan ahad. Bila isnin menjelma alahai malasnya nak gi sekolah. Sama la sekarang. Tapi kini kadang-kadang je, sebab dah boleh fikir sikit. Anda bagaimana? Sebut pasal malas, bila rasa malas ni datang, mulalah datang istilah menyampah, tension, geramnya, kenape la hari ni, malasnya hari ni, kerja banyak nya, nape aku bukan dia? Pelbagai reaksi, penerimaan dan apa sahaja yang kita-kita dan anda semua rasa.. Orang kata malas ni tak akan bawa kita ke mana, BETUL KE? Tak betul, betulkan lah. Kalau pekerja la, macam saya ni bila malas datang, semua kerja tak terbuat dan tersiap padahal benda tu boleh selesai je. Tapi sebab malas, kerja bertimbun. Esok malas, bertimbun lagi, dan kalau hari-hari yang seterusnya, maka bertimbun-timbunlah kerja kita. Gitu juga pelajar, malas belajar jamin tak dia boleh lulus? BOLEH. Mana tak bolehnya, tapi mungkin setakat lulus je bukan lulus dengan cemerlang. Jadi janganlah biarkan MALAS itu beraja di hati kita ya. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa hebat

Sunday, March 1, 2009

Malas musuh Kejayaan..

Ingat lagi tak kisah yang aku cerita pasal suami kakak kawan aku yang tak kerja dulu. Baru-baru ni kawan aku cerita, abang ipar dia dah kerja dah. Kerja kat seorang peniaga pasal malam. Bagus la tu. Kurang sikit beban bini dia. Tapi yang tak bagusnya, kononnya gaji hari. Kiranya orang itu bayar dia tiap-tiap hari la. Tapi sampai sekarang tak dapat duit lagi. Seminggu lepas kerja majikan bagi advance RM30 je. Risau tertipu je. Sebab dulupun dia kerja dengan orang yang sama. Pernah kena tipu. Tapi aku bukan nak cerita dia kena tipu. Tapi malas punya pasal sanggup kerja macam tu. Nak harap RM 30 seminggu lebih baik tak payah. Duit rokok dia pun tak lepas. Kerja gaji 4 @ 5 ratus tak nak, yang memang pendapatan bulanan sedia ada. Apa salah kerja angkat-angkat barang kat kedai.. Aku difahamkan dia ni nak kerja driver lori je. ia la gaji besar. Konon. tapi kalau sebulan tak da kerja driver sebulan la tak kerja, kalau setahun, bertahun2 takda kerja tu, bertahun-tahun la tak kerja. tak faham aku. Bukan nak menyibuk simpati dengan anak bini dia ja..Tunggu ja la