Thursday, November 5, 2009

Selesai

Sekarang ni baru selesai semak paper student aku. Letih rasa. Pinggang ngan tengkuk ni sakit. Tak habis lagi kerja ni, pasni nak buatmarkah plak. Pastu kena hantar kat guru kelas minggu depan. Penat sangat bila hujung tahun. Banyak benda nak kena siapkan. Dah la minggu depan nak pergi induksi. Gila wei, rushing gila. Aku macam lipas kudung. Kat sekolah tak sempat nak menyembang. Sampai bawa balik rumah semua kerja. Tapi nak buat lagu mana, kalau aku ni pengarah syarikat ke boleh gak suruh PA yang buatkan. Ni aku hanya seorang guru. Nak harap kat sapa. Aku la cikgu, akula kerani dan semua kerja kena buat sendiri..Jadi jika anda tak sanggup, jangan terjun dalam bidang ni. Aku walau kadang-kadang rasa nak pitam, nak muntah dan nak je berhenti jadi cikgu dek kerana tension punya pasal. Lepas sehari dua tu ok balik. Mana ada kerja yang tak ada tekanan (jangan menekan jiwa dah la, nanti jadi sakit jiwa @ paling tidak jiwa kacau). engko jadi suri rumah lagi la banyk tekanan, nak jaga anak dan suami, nak kemas itu ini, nak buat kerja-kerja rumah. Even awak nak masa telur pun tekanan jugak. Macam mana nak masak, masak telur dadar ke @ rebus je ke @ masak telur mata korbou.
Bagi aku, apa yang aku buat sekarang masih mampu buat aku tersenyum, walaupun kadang kala pahitgak senyuman aku, sampai berkerut-kerut kening ni ha. Tapi yang pasti aku enjoyed.

No comments: