Monday, November 23, 2009

Relevan ke tidak????

Ihsan Utusan Malaysia ( 25/11/2009)

Sedia bincang beri kuasa merotan kepada ibu bapa
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Cadangan Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan agar ibu bapa dan penjaga diberi kuasa merotan anak di sekolah mendapat reaksi positif daripada Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya bersedia membincangkan perkara itu yang dilihat mampu membawa kesan positif kepada dunia pendidikan.
Menurutnya, ia juga dapat mengelakkan isu-isu berkaitan hukuman ke atas pelajar dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Kalau guru yang merotan kadang-kadang ia akan menjadi isu politik. Lagi pun, ada di kalangan pelajar lebih takut masalah mereka dibawa ke pengetahuan ibu bapa daripada dirotan guru.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu. Kementerian tiada masalah untuk membincangkannya tetapi ibu bapa sendiri perlu bertanggungjawab dengan tidak berkompromi tentang disiplin anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ketujuh di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa Mohamad Ali akan membentangkan cadangan tersebut melalui kertas kerja Peranan PIBG Membantu Sekolah Dalam Menangani Disiplin pada seminar anjuran Kementerian Pelajaran 30 November ini di Klang, Selangor.
Menurut Mohamad Ali, hukuman itu perlu dijalankan mengikut peraturan dan syarat tertentu termasuk dilakukan secara tertutup.
Diminta mengulas kecaman beberapa pihak terhadapnya berhubung cadangan beliau agar sektor swasta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa menggunakan bahasa Inggeris, Mohd. Puad berkata, cadangannya itu mungkin telah disalah tafsir.
"Saya tahu sektor swasta banyak berurusan dengan syarikat antarabangsa atau warga asing. Ketika itu gunakanlah bahasa Inggeris tetapi yang saya maksudkan adalah semasa berkomunikasi sesama kita rakyat Malaysia," katanya.


Secara peribadi aku sebagai seorang guru dan guru disiplin amat bersetuju dengan cadangan ini. rasanya mungkin lebih baik sebagai langkah mengatasi disiplin. Bukan aku nak cakap apa, banyak tindakan guru yang merotan pelajar dijadikan isu dan akhirnya yang salah adalah guru. Ramai (tidak semua) ibu bapa yang seolah-olah tidak menerima KENYATAAN anak mereka bermasalah. Tahunya nak salahkan sekolah je..Tapi tidak semua ibu bapa yang macam tu. harap-harap saya bukan aku bukan ibu yang macam tu nanti...

No comments: