Thursday, July 9, 2009

Mengapa cikgu suka cuti

Penatnya hari ni, minda dan tenaga. Aku hampir mengalami tekanan hari ni (Banyak cikit tertekan). Hari ni kena prepare untuk hari terbuka esok. Tak menang tangan hari ni. Laporan SMD pelajar nak kena print, nak kena susun dan agihkan pada guru lain. Huh...peningnya. Ni tak habis lagi, sampai aku banyak kerja balik rumah. Itu la dia. Dah tanggungjawab. Tak tau lagi apa yang terjadi esok. Nak kena jumpa parent...banyak benda nak kena buat. Aku rasa la, sebab tu ramai cikgu yang tak tahan dengan tekanan dan beban kerja memutuskan untuk mengambil cuti MC ke, CRK ke atau apa2 je cuti yang boleh diambil. Selagi boleh.
Berikut adalah antara sebab musabab cikgu suka cuti yang aku fikir (tapi x sure) tapi aku tetap fikir yang ni gak kadang-kadang aku pun nak buat macam ni. Tapi syukur tahun ni aku hanya pernah 1 kali je ambik CRK (kerana nak balik Sarawak) 1 kali ambik MC masa birthday aku, kena demam panas sampai kena check darah suspect denggi. Sadisnya...
Antara sebab yang terfikir adalah:
Kalau aku bercuti, tak payah la aku nak mengadap muka anak-anak murid yang menyakitkan hati dan tak pernah nak dengar kata. Cikgu mengajar dengan ikhlas (Kalau yang ikhlas), sampai hilang suara, semput sampai rasa nak mati, kena tekanan darah tinggi, tapi pelajar yang memang dah 'berkarat'( Bukan tak pandai tapi nak kata degilnya alahai, hanya cikgu tu sendiri yang tahu) buat tak kisah je, buat de je, memang diaorang tak pernah kisah pun (bagi pelajar yang begini je). Tak lulus periksa tak pe, mak ayah banyak duit. Boleh plak kerja besar, gajipun besar. betulkan?????
Macam mana nak ikhlas mengajar diaorang ni. Dah la tak nak belajar, bising pula, buat hal lagi..(ni pendapat sesetengah cikgu) Aku sendiri kadang-kadang naik angin 1 badan, tapi disebabkan tanggungjawab esok masuk kelas tu semula kena mengajar gak. Jadi bila naik angin tu, aku terus marah kat dalam kelas hari tu gak. Kalau tak maunya aku tekanan darah tinggi lepas tu. Keluar kelas habis dah la. Esok mulakan yang baru plak. ( ada ke yang boleh terus lupakan kemarahan hari tu) Senyum la dalam kepeningan dan tekanan jiwa kita itu. Buat apa susah-susah nak fikir.
Tak kurang gak cikgu-cikgu yang fikir kalau aku cuti tak payah aku nak mengajar subjek yang dipaksa untuk diajar. memang la ni, ramai dalam kalangan warga pendidik kena jadi guru 'serba boleh' can be anything. Ingat lagi masa study dulu lecture aku cakap kita kena jadi orang yang serba boleh. Sebaiknya begitu la kita dan biar la kita sentiasa boleh sesuaikan dengan keadaan. Oleh sebab yang demikian, aku mampu mengajar Bahasa Malaysia yang memang subjek yang paling aku tak suka zaman sekolah dulu walau x ambik pun course ni....
Ada gak, yang fikir boleh mengelakkan karenah mak bapak yang suka sangat mai sekolah komplen tentang anak-anak kesayangan depa (Memang la, anak ku tercinta). MASALAHNYA, semua yang datang tu tak ada yang datang nak berbaik-baik @ memikirkan cara mengatasi masalah TAPI ramai yang datang (tak semua, ibu bapa yang terlibat jangan la terasa hati ya) nak menyalahkan SEKOLAH, CIKGU senang cerita nak cari sekolah punya salah. Anak dia tak je yang betul. Entah la....mana taknya bak kata aku dalam coretan yang lepas-lepas, jangankan semut, kuman pun tak mati dipijaknya.
Antara lain, 1 hari tak datang dapatla menyelamatkan keta aku dari dicalar atau dijadikan mangsa Vandalisme. Lagi la kalau mu jadi guru displin. di sekolah guru displin la yang paling jahat di mata pelajar. Kesian guru displin, walau mereka dipaksa rela dan merelakan diri menjadi guru disiplin, niat mereka telah disalahertikan.
Kalau dapat cuti, dapat la berehat kejap daripada mendengar kutukan atau teguran guru lain @pihak atasan. (Minta maaf banyak-banyak). Kadang-kadang kita rasa tension sangat walau teguran itu untuk memperbaik prestasi kerja kita. Tak semua cikgu boleh terima. Di samping itu, bagi cikgu yang suka mengumpat tu, boleh la dia kurangkan mengumpat atau bergossip, kiranya dia bercuti kan. Bagus la tu....
Yang paling penting, aku boleh la menjadi orang biasa, orang kata jadi cikgu best, cuba la anda jadi cikgu dalam sehari, dapat la rasa yang kami rasa. Jadi cikgu banyak tekanan. Cuma kena pandai kendalikan tekanan itu. sekolah harap cikgu dapat bimbing anak murid jadi pelajar cemerlang, Mak bapak lagi la, konon nak hantar ke sekolah yang terbaik, tapi jika attitude tak berapa nak betul, macam mana?????? Hakikatnya, cikgupun manusia biasa gak, sebagus manapun sekolah atau cikgu itu, kalau anak murid tak nak belajar tak bagus jugak hasilnya.
Jadi sama-sama kita fikir dan renungkan sejenak. Bila kegagalan itu yang menjadi hasilnya, usah ditunding kepada orang lain puncanya. Lebih baik memperbaiki institusi yang sedia ada. Harapan agar semua sekolah dapat melahirkan atau mengeluarkan modal insan (yang bukan cemerlang akademiknya semata-mata tapi sahsiah diri juga perlu ada dalam setiap orang yang berjaya)
Aku minta maaf kepada sesiapa yang rasa dirinya terlibat atau dilibatkan dalam kisah hari ini. Aku tak berniat dan tak teniat untuk menyentuh hati dan perasaan sesiapa. Ini aku punya pendapat je mungkin pandangan anda lebih baik. ....
Semoga kita sentiasa mencuba untuk membuat yang terbaik......... wala..

2 comments:

Annanimus said...

Saya setuju sangat terhadap artikel yang awak tulis ni..
tekanan.. tekanan..
bila lah cikgu akan menjadi seorang guru yang bebas dari tekanan kerja yang melampau-lampau .. huh...

Unknown said...

Kita kena bertahan..pastinya hasil lebih baik