Thursday, July 16, 2009

Keluarga adalah utama

Pagi dah ni, tak dapat nak tido lagi.. Member serumah semua dah lena. Aku tercongok lagi depan laptop ni sambil memikirkan banyak benda. Sejak dua menjak ni, aku dah menjadi seorang pemikir pula..Tapi itu la aku. Tiba-tiba rasa rindu pada keluarga nun jauh di sana... Rindu sangat. Masa ni la rasanya nak kongsi cerita dengan family. Teringat masa berborak ngan adik siang tadi, cerita pasal masa zaman kecik-kecik dulu. Kini adikpun dah ada family sendiri. Lain sedikit rasanya. ingin sekali aku kembali ke waktu itu. Semuanya seronok. Walau ada kalanya selalu bergaduh ngan adik (aku tak nak mengalah). Bila kenang balik best juga waktu itu. Ingat lagi kat bendang main-main pondok-pondok. Tapi yang pasti comot la muka aku masa tu.


Kata kakak, akulah adik yang paling keras hati, keras kepala dan tak suka mengalah walau dengan adik sendiri.., (em malunya) ya la kot, sebab tu aku boleh berjaya. Tapi nenek selalu cakap akula cucu paling dia sayang (bahagianya).


Kini aku pun dah berkeluarga, semua kakak dah berkeluarga. Rindu sangat ngan mereka. Walau siapapun aku kini, di manapun aku, aku adalah aku yang dulu. Masih milik keluargaku. Sesungguhnya, hubungan kekeluargaan itu menjadi keutamaan bagi aku kerana tanpa kasih sayang dan sokongan mereka aku tidak akan berada di sini seperti hari ini.



Lovely Sister (On my wedding)

Fariz Mama, Mummy Bebenz, Aku, Mummy Veny, Mummy Emi

New family



No comments: