Tuesday, March 24, 2009

imbas kembali.....

Hari ni masuk kelas 1K. Aku mengajar seperti biasa. Seronok mengajar hari ni. Makin hari aku rasa makin seronok kerja dalam bidang ni walaupun tekanan banyak. Tapi keseronokan melebihi tekanan. Teringat masa zaman sekolah dulu bila lihat telatah pelajar dalam kelas. Diaorang ingat kita tak nampak apa diaorang buat kat belakang. Aku tau. Walau mata ada dua tapi boleh nampak semua yang diaorang buat. Akupun pernah melalui zaman sekolah. Tau sangat muslihat pelajar. HAhaha (lebih kurang la dulu) Pelajar mula la tanya pelbagai soalan. Antaranya CIKGU DULU NAKAL TAK? CIKGU DULU SUKA SUBJEK APA? SUBJEK APA YANG PALING CIKGU TAK SUKA? Bila imbas semula aku ni tak la senakal mana. Tapi main-main juga la. Sebab tu la exam tak pernah dapat tinggi. hehehe. Balasan. Kelemahan pelajar sekarang hampir semua subjek diaorang tak suka sebenarnya. Ni nak khabo kat sesiapa yang baca, tak kira anda pelajar atau sesiapa yang rasa berkenaan. Sebenarnya niat kita perlu dibetulkan. Aku ada la penyesalan sikit sebab tak suka subjek sejarah. Kalau aku minat mesti dapat A1 SPM. Tapi disebabkan aku tak suka cikgu sejarah, minat dan persepsi aku terhadap matapelajaran tersebut pun tak ada dah. Nak betulkan, tak baik kita buat gitu. Tak elok benar tingkah laku. Bila kita tak suka cikgu, jadi kita tak suka subjek tersebut dan seterusnya kesan kepada akademik kita. Sadis bila dapat keputusan tak cemerlang. Sekali lagi betulkan niat kita. Tak kisahla cikgu tu ngajar macam manapun yang penting kita belajar. Sebab itu tanggungjawab kita. ANDAI tak suka cikgu jangan tak suka subjek tu. Menyesal nanti dik. Sama gak dengan kehidupan harian kita. Bila kita tak suka sesuatu apa-apa yang kita buatpun ada je yang tak sempurna. Betul kan. Aku cakap betul sebab aku pernah mengalaminya zaman sekolah dulu2. Sama la dengan kerja kita. Lakukan dengan betul. Bila buat dengan hati yang tak senang atauterpaksa, tak CANTIK kerja tu nanti. Jadi lihat sesuatu itu dengan pandangan yang positif. Pastinya hasilnya pun akan positif. Sama-sama kita jadikan hidup lebih menarik.

No comments: