Tuesday, April 17, 2012

4 kebenaran mulia

Sebelum ini aku masih tertanya-tanya apa sebenarnya pernyataan di atas...tertarik rasa aku untuk mengetahuinya sehinggalah aku berkesempatan mengajar sejarah. Kelas 4B bukanlah antara kelas yang menjadi kegemaran guru-guru. Aku ikhlas nak kata, akupun adakalanya rasa sedikit tidak senang (bukan selalu) kerana kelas ini ada pelajar yang agak menjengkelkan perangai mereka. (sebelum ini)...tapi akhir-akhir ini aku mula rasa seronok dan tak sabar-sabar nak masuk kelas merekan masa sejarah, sebab aku rasa ada banyak cerita dan isu yang kami boleh kongsi bersama...Mereka sentiasa membuat aku tersenyum.


Kembali ke 4 kebenaran mulia ni, seronok ehk mereka aku ajar. Banyak yang aku boleh kongsi dengan mereka tentang topik ini. Antara yang terkandung dalam 4 kebenaran ni:

Dukka (Penderitaan)

Samudaya (Sebab Penderitaan)

Nirodha (nafsu yang membawa penderitaan)

Marga (cara memadamkan nafsu dan keinginan)


Hasil ini banyak aku dapat feedback dari pelajar...semuanya berkaitan dengan kehidupan kita setiap hari kerana apa saja yang kita lakukan akan ada kesan baik/tidak. Bak kata aku kat budak , nape orang yang mempunyai berat badan berlebihan menderita?????? sebab dia tak boleh melakukan banyak aktiviti seperti org lain, ada yang lebih sadis dan kesian sehingga tak larat nak kemana-mana. (minta maaf ya, pada anda yang mungkin tergolong dalam kategori ini). Pastu apa yang menyebabkan gitu???nafsu makan tak dikawal tu. Ada pelajar yang dok tanya, mamang la cikgu kita kena makan..Betul tapi kawal la, kalu rasa-rasa dah tak muat makanan tu nak masuk mulut. Aku cakap la kat mereka yang sebenarnya niat kita makan kena dibetulkan supaya keinginan itu dapat dikurangkan. Ditanya plak soalan macam mana caranya, senang ja.... anggap je kamu Kassim Selamat...buta tak nampak makanan tu, paling tidakpun bayangkanlah makanan ini adalah sesuatu yang sangat......#****@^...hingga tak lalu nak makan...

bis tu, aku kaitkan dengan 8 jalan mulia... ni yang paling best

Antaranya:

1 Kita perlu mempunyai kepercayaan yang betul ( semua agama dan kepercayaan mengajar kita ke arah kebaikan)

2 Seharusnya tujuan kita itu kena betul/apa saja yang keta kena buat betul tujuannya.niat kita melakukan sesuatu....jangan pernah berniat jahat

3 Pertuturan kita kena baik...ni mmg la, kalau kita tak jaga pertuturan susah tau...sebab kata2 yang dikeluarkan itu akan memberi kesan kepada setiap yang mendengar...jadi awas dengan pertuturan anda

4 Perbuatan yang baik sentiasa diperlukan dalam hidup...setiap perbuatan yang baik-baik akan membuahkan hasil yang baik

5 Hidup yang baik...ha ni betul sesangat...dalam kita menjalani hidup ni kena hidup dengan baik...jangan menyusahkan hidup kita dengan perkara-perkara yang mengundang masalah pada diri

6 Usaha yang baik dalam kita mencapai kejayaan hidup...ramai orang berjaya katanya kerana usaha yang berterusan..jangan kita membina kejayaan berlandaskan kesusahan atau menyusahkan orang lain. ertinya...biar usaha kita itu betul2 tak mau la kita mempergunakan orang lain ( betulkan!!!!!)

7 Fikiran yang baik mampu memberi kita kehidupan yang lebih baik...berfikir tentang yang baik-baik sahaja

8 Renungan yang baik...ni la dikatakan think positive dalam hidup...lepas apa yang berlaku....kita wat renungan semula, tentang apa yang berlaku...biar apapun yang telah/bakal berlaku...cuba untuk bertanggapan baik...


Dengan erti kata lain...kiranya kita memikirkan dan melakukan yang baik-baik....pastinya yang baik-baik datang kepada kita..Percayalah...mungkin bukan hari ni...


( Hasil ajaran agama Buddha mengikut pemahaman aku)...kebaikan kita mengetahui pelbagai ajaran agama dunia...Semoga Hidup anda diberkati...

No comments: