Saturday, August 15, 2009

Sekolah ganti

Hari ni aku kena g sekolah, coz ada sekolah ganti..Wa hebat kerja 6 hari seminggu. Seperti biasa aku liat ckit nak bangun, tapi nasib baik ambo sekolah petang, tak da la kecoh sangat. Sampai sekolah aku tengok muka semua rakan sepejuangan semacam je, ya la dah kena kerja lebih (sedikit je). Aku asalnya, rasa malas sedikit tapi gagahkan kaki gak, pasal this is my job, have to do.. Hari ni ramai rakan-rakan ambik MC. Entahla, suka-suka tak mai atau memang tak sihat, sebab sekarang ni masa-masa genting bagi kita masyarakat Malaysia, iaitu musim penyakit melanda. Jika ada yang betul-betul tak sihat, aku doakan agar cepatlah sembuh. Tapi yang tak berapa nak bestnya bila ramai yang MC ni, ramai plak yang kena relief kelas depa. Termasuk aku la. Rasa tak puas hati tu, memang tak boleh nak kata, minggu ni 2 kali ambo relief wei. Tapi tak pa la. Kebetulan ada 4 waktu ja hari ni.
Seperti biasa bila guna jadual Isnin aku kena masuk kelas 1H (the last classes). Aku tak tau la, kenapa sebut 1H, ramai rakan-rakan sepejuangan yang seakan-akan fobia atau ada je yang tak kena pada kelas tersebut. Ingat tak ada artikel yang aku tulis sebelum ni, yang aku menangis kena tukar jadual sebab gara-gara kelas ni. But after 3@4 month, aku dah serasi dah ngan kelas tu. 1st dulu aku risau gak ngan kelas ni sebab antara ciri-ciri pelajar kelas ni suka melawan guru. Tapi sebenarnya, tak ada apa pun. Ok je aku masuk. ramai rakan-rakan kata " U tak apa ma, lembaga disiplin, sure mereka takut punya" tak kurang yang kata " what u do with them?" dan ada yang kata "masa u diaorang ok ke?" dan banyak lagi la pertanyaan yang aku selalu jawab, "entahla, ok je aku tengok".
Mungkin mereka takut sedikit sebab aku 'lembaga' disiplin. Tapi yang pasti hari pertama aku masuk kelas tu dulu aku pesan kat diaorang " U tak nak ada masalah dengan saya, jangan bagi masalah kepada saya. U nak seronok, jangan seronok sorang-sorang, I pun mesti seronok, u seronok I tak seronok ada ketidakseimbangan berlaku dan I tak suka, tak bestla ,jadi bawalah satu kelas rasa seronok . Itu yang sepatutnya' Nak kata aku serius sangat ngan depa ni tak da plak, sebab ada masa gak aku buat joke dan gelak sama-sama ngan depa.
Seronok aku ngajar kelas ni sebenarnya, ramai lagi yang 'keanak-anakan'. Kena pandai la. Sebenarnya diaorang tak boleh nak tengking@berlembut selalu, bila kita marah tu kena pandai berbahasa ngan diaorang. Penting bila kita cakap, kita kena buat sebab dari situ budak-budak ni menilai kita. Tegas itu perlu. Budak-budak ni sebenarnya nak tengok kita mati dulu. Dia lagi seronok kalau kita bertambah marah. Dia akan anggap diri menang kerana berjaya menaikan kemarahan kita. Tapi yang pasti mereka baik ngan aku dan akupun tak de nak 10sen ngan mereka..

No comments: