Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Para pembaca:
Hari ini merupakan hari yang paling bermakna sekali buat semua warga pendidik. Itulah dia Hari Guru. Sempena dengan hari guru ini suka untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada aku sendiri ( Xda orang wish la tu), kepada guru-guru yang pernah mengajar dan MENDIDIK dan mendoakan aku hingga menjadi seperti hari ini. Tahniah, anda berjaya. Tidak lupa buat cikgu kesayangan aku masa sekolah dulu Cikgu Rubiha Ibrahim ( Sains Form 4-5) yang juga merangkap Ibu bagi kelas aku, Cikgu Zarina bt Misnan( Matematik F4-F5), Cikgu Zimik Bt Bujang ( Sekolah Rendah) . Rindunya aku dengan tunjuk ajar kalian. Tidak lupa aku titipkan doa kiranya ada bekas guru-guru aku yang telah meninggal. Semoga Roh mereka dicucuri rahmat Tuhan.
Kalau dulu sebagai anak kecil dan remaja teguran dan ajaranmu adakalanya menimbulkan KETIDAKPUASAN dalam diri aku. Adakalanya ROTAN menjadi alat untuk membentuk anak didiknya disalahertikan.Tapi KINI kerana itulah kami mampu menjadi MANUSIA.
ANDA bagaimana? Nyatakan dan luahkan tentang pandangan atau isi hati anda di sini. ....

No comments: