Selangkah Perjuangan Tidak Mampu Membangunkan dan Memajukan Negara. Jika Semua Melangkah Setapak Bersama Nescaya Hasil yang Tercipta Luar Biasa. Hidup dengan Lebih Baik agar Nikmat Kehidupan kita.Manfaatkan sebaiknya. Bergembiralah dengan APA yang kita LAKUKAN..
Tuesday, December 1, 2009
Sekian Lama menyepi
Monday, November 23, 2009
Relevan ke tidak????
Sedia bincang beri kuasa merotan kepada ibu bapa
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Cadangan Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan agar ibu bapa dan penjaga diberi kuasa merotan anak di sekolah mendapat reaksi positif daripada Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya bersedia membincangkan perkara itu yang dilihat mampu membawa kesan positif kepada dunia pendidikan.
Menurutnya, ia juga dapat mengelakkan isu-isu berkaitan hukuman ke atas pelajar dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Kalau guru yang merotan kadang-kadang ia akan menjadi isu politik. Lagi pun, ada di kalangan pelajar lebih takut masalah mereka dibawa ke pengetahuan ibu bapa daripada dirotan guru.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu. Kementerian tiada masalah untuk membincangkannya tetapi ibu bapa sendiri perlu bertanggungjawab dengan tidak berkompromi tentang disiplin anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ketujuh di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa Mohamad Ali akan membentangkan cadangan tersebut melalui kertas kerja Peranan PIBG Membantu Sekolah Dalam Menangani Disiplin pada seminar anjuran Kementerian Pelajaran 30 November ini di Klang, Selangor.
Menurut Mohamad Ali, hukuman itu perlu dijalankan mengikut peraturan dan syarat tertentu termasuk dilakukan secara tertutup.
Diminta mengulas kecaman beberapa pihak terhadapnya berhubung cadangan beliau agar sektor swasta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa menggunakan bahasa Inggeris, Mohd. Puad berkata, cadangannya itu mungkin telah disalah tafsir.
"Saya tahu sektor swasta banyak berurusan dengan syarikat antarabangsa atau warga asing. Ketika itu gunakanlah bahasa Inggeris tetapi yang saya maksudkan adalah semasa berkomunikasi sesama kita rakyat Malaysia," katanya.
Secara peribadi aku sebagai seorang guru dan guru disiplin amat bersetuju dengan cadangan ini. rasanya mungkin lebih baik sebagai langkah mengatasi disiplin. Bukan aku nak cakap apa, banyak tindakan guru yang merotan pelajar dijadikan isu dan akhirnya yang salah adalah guru. Ramai (tidak semua) ibu bapa yang seolah-olah tidak menerima KENYATAAN anak mereka bermasalah. Tahunya nak salahkan sekolah je..Tapi tidak semua ibu bapa yang macam tu. harap-harap saya bukan aku bukan ibu yang macam tu nanti...
Jangan jadi GURU SEMBERONO
Jangan jadi guru semberono - Mohd. Puad
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini memperkenalkan satu istilah baru iaitu 'guru semberono' yang ditujukannya kepada guru-guru yang menjalankan tugas secara sambil lewa dan tidak komited.
Katanya, pengenalan istilah itu bukan bertujuan menafikan kredibiliti guru negara ini yang disifatkan sebagai komited, berdaya saing dan gigih dalam mendidik generasi masa depan.
Sebaliknya, beliau berkata, ia sekadar peringatan agar 'guru semberono' tidak menjadi satu budaya kolektif atau penyakit berjangkit yang akan merosakkan institusi perguruan di negara ini.
"Ia mungkin berlaku kerana ada di antara mereka tidak berminat menjadi guru. Faktor tekanan hidup serta persepsi negatif masyarakat juga adakala menyumbang kepada masalah ini.
"Sebagai contoh, dalam kes di Kuala Dipang, persepsi negatif masyarakat yang hanya menyalahkan guru sedangkan mereka sebenarnya bertanggungjawab, mungkin menyebabkan menjadi kurang bermotivasi dan menjalankan tugas secara semberono selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke-7 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
Istilah itu diungkapkan oleh beliau secara spontan sewaktu berucap ketika merasmikan persidangan tersebut yang bertemakan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
Mengikut Kamus Dewan, semberono membawa erti tidak berhati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan dan kurang teliti dalam melakukan sesuatu perkara.
Sementara itu, Mohd. Puad memberitahu, kementeriannya sedang berusaha menambah bilangan guru cemerlang dari seluruh negara ekoran masih banyak kuota yang belum diisi.
Menurutnya, bermula tahun ini, kementerian telah menambah 4,753 kuota guru cemerlang, sekali gus menjadikan 14,327 kuota berbanding 9,374 sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini, hanya 9,293 kuota diisi dengan 4,834 kuota masih lagi kosong.
"Status guru cemerlang ini perlu melalui beberapa tahap bermula dengan permohonan, penilaian dan beberapa kriteria lain. Kementerian memang meletakkan piawaian yang tinggi untuk status ini.
"Sehingga kini, kuota guru cemerlang bagi guru Gred DG48 dan DG44 sekolah rendah masih kosong. Justeru, kementerian berhasrat menambah jumlah guru cemerlang bagi meningkatkan kualiti pendidikan,'' katanya.
Thursday, November 5, 2009
Selesai
Wednesday, November 4, 2009
Merdeka ke?
Tuesday, November 3, 2009
5 Star Parent
1. Care for urself before u care others (Lindungi diri sendiri sebelum orang lain)
-get critical illness plan to save ur life and dignity
2. Care for urself and ur loves ones (lindungi diri sendiri dan orang yang kita sayang)
-get the medical card to avoid borrowing from family members and friend
3. Care of ur children and ur wife
-getthe education and saving plan for ur child's education and asset accumulatin instead of leftover food
4. Care for ur loves ones
-Get the whole life to cash liquidity when u are not longer around
5. Cares for ur own retirement
-get the saving plan to be finally independent after retirement
Jadi apa yang anda nantikan, kalau tidak sekarang bila lagi?
Sunday, November 1, 2009
Sunday, October 25, 2009
Amanah dan Tanggungjawab siapa???
Monday, October 19, 2009
Makan Limau Cegah Lapar
Fakta ini benar yang aku bacadari majalah rapi. Dikatakan dengan makan buah limau kita akan berasa kekenyangan. Ditulis dalam 'Journal of The American College of Nutrition' yang dinyatakan bahawa pektin sejenis serat yang ada dalam lapisan putih limau dapat cegah rasa lapar sehingga 4 jam. Tak salah mencuba kan, Terutamanya bagi yang tengah diet tu... Tapi, jangan terlebih plak lah ya, sebab ia mengandungi asid. Tak pasal jadi penyakit lain...
Friday, October 16, 2009
Happy diwali to all Malaysian
Monday, October 12, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Peperiksaan kini
Tuesday, October 6, 2009
Berapakah Simpanan Anda?
Bila berbicara tentang simpanan, susah la nak jawab. Aku sendiripun kadang-kadang simpan, pastu ambik balik. Pastu simpan semula. Kena plak banyak nak guna duit bulan tu, tak dapat nak simpan semula duit yang sudah digunakan. Begitulah jika tak de perancangan dan disiplin untuk menyimpan.
Buat masa ni aku ada buat simpanan tetap. Kalau tak buat gitu alamatnya tak tersimpan la duit. Ni baru tahun kedua aku buat penyimpanan. Bayaran setahun sekali je. Untuk anda, bila lagi nak buat. Mulakan dengan 5% duit gaji anda. Bila dah rasa ok, bulan depan simpanla 10 %. Anda akan nampak sendiri hasilnya lepas bersara.
Bersediakah anda
Untuk bekas pelajar aku di SM Convent, Taiping Perak. Semoga anda semua berjaya. Buatlah yang terbaik.
Monday, September 28, 2009
Kepenatan
Sunday, September 27, 2009
Habis dah cuti
Sunday, September 20, 2009
Hari Raya
Walaupun raya di KL tapi suasana memang meriah. Hari ni sempat makan rendang, dendeng ngan nasi himpit. Sambil tu aku dapat rasakan hubungan persaudaraan itu ada walaupun kami berlainan agama. Itulah sebaiknya. Korang di luar sana macam mana raya. Seronok tak. Pasti seronok kan dapat jumpa sanak saudara. Bagi yang tak balik atau tak dapatcuti untuk beraya tu, jangan sedih. Tahun depan ada lagi. bagi yang tak nak balik tu, balik-balik lah, kerana suasana lebih meriah jika diraikan bersama keluarga.....
Friday, September 18, 2009
MALAYSIA SATU (FAIZAL TAHIR)
Monday, September 14, 2009
Berbuka puasa B-2-18
Thursday, September 10, 2009
Majlis berbuka puasa SMK Kepong Baru 09
Bacaan doa sebelum berbuka.
Rakan sepejuangan berbangsa Cina tidak ketinggalan Mr. Chua (PK Petang) berbaju batik
Wednesday, September 9, 2009
Entah la.........
Morning Malaysia
Tuesday, September 8, 2009
Mengidam
Balik kampung hari tu aku sempat la merasa semua ni. Sedapnya..Meletop gitu. Kat sini aku dah mula mengidam nak makan benda-benda ni. Bestnya kalau kat sini ada...Selera aku tetap selera kampung
Sunday, September 6, 2009
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam-malam dengar-dengar
Wednesday, September 2, 2009
Selamat Kembali bertugas
Saturday, August 22, 2009
Cuti Sekolah
Tuesday, August 18, 2009
Saturday, August 15, 2009
Apa makna kemerdekaan???????
Sekolah ganti
Friday, August 14, 2009
H1N1
Sunday, August 9, 2009
Semoga aku cepat sembuh
Thursday, August 6, 2009
Koleksi bunga dan Kreativiti sempena Festival Floria, Putrajaya
Bunga Raya
Cantik tak???cantik ke tidak???
Seharian di Putrajaya
Tuesday, July 21, 2009
minggu peperiksaan
Sunday, July 19, 2009
Rahsia Bulan Kelahiran anda
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalam bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.*
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.*
Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jalan tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk di rumah.*
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Adakah semua yang tersenarai ada kena mengena dengan anda. Mungkin tidak semua berkaiyan atau langsung tidak berkaitan. Ini hanyalah berdasarkan tinjauan yang telah dibuat. Sekiranya tak adapun, jadikan ia sebagai panduan untuk membaiki diri.
Aku lahir bulan Januari, adalah sedikit sama ngan aku. Terutamanya yang pertama sekali.
Thursday, July 16, 2009
Keluarga adalah utama
Lovely Sister (On my wedding)
Fariz Mama, Mummy Bebenz, Aku, Mummy Veny, Mummy Emi
New family