Friday, August 14, 2009

H1N1

Semua guru kat sekolah aku kecoh ckit la hari ni pasal ada student kna suspek H1N1. Semua kalut dan tak kurang yang risau lagi ditambah takut dengan wabak ni. Aku sendiri Isnin lepas ambik MC pasal deman ngan batuk tak surut biar dah 1 botol ubat batuk aku telan. Nasib baik la doktor kata tak da pa-pa. Risau gak, tak ke haru lagi sadis jika kita terkena wabak tersebut. Kat sekolah hari ni ada dah cikgu jual mask. Cikgu-cikgu pakat beli ramai-ramai, akupun tak ketinggalan.
Sebut ja H1N1 semua gerun dengan penyakit maut ini. Punca sebenar tidak diketahui. Dikaitkan dengan babi. Aku pun tak berapa clear sangat puncanya, yang pasti mudah dan cepat sangat merebak melalui manusia. Kes pun semakin meningkat, tak da ke sesiapa yang membuat penemuan untuk menghapuskan penyakit ini dari muka bumi ini @ ada yang tengah membuat kajian, tapi rasanya tak sempat menyelamatkan ramai orang kerana setiap hari kes makin meningkat, apa lagi di Malaysia yang mencatat kes tertinggi di asia. Gerun dengan wabak ini.
Sama-sama kita berdoa semoga wabak ini dapat dihentikan daripada terus merebak. Seakan-akan petanda untuk kita supaya jangan lagi 'mendera' bumi ini. Virus pun sudah 'bermutasi'. Penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan aspek kebersihan diri perlu diamalkan.

No comments: