Setelah agak lama menyepi, akhirnya hati ini bertambah reda..Perasaan ini dapat aku kawal. Sedih bukan tidak bersedih lagi. Tapi berjaya jua akhirnya aku tanganinya. mengimbas kembali detik masa aku mendapat khabar yang boleh dikatakan sangat mengembirakan aku iaitu aku dapat berpindah balik Sarawak. Namun...berita itu menjadikan aku rasa sedih dan rasa amat berat hati meninggalkan SMK Kepong Baru. Masa tu, 2 hari aku banjir ( sedih tahap cipan). seolah-olah menyesali apa yang terjadi ( mohon maaf untuk mereka yang mengharapkan kepulangan aku) Dalam kegembiraan kerana dapat bersama keluarga di sana, namun tidak seorangpun yang boleh menyangkal beratnya rasa hati ini. Mungkin kerana keserasian tinggal dan mengajar di sini, atau kerana teman-teman yang terpaksa ditinggalkan atau kerna student yang begitu ku sayangi. Biar apa orang kata pasal SMK Kepong Baru, aku tetap jatuh cinta pada sekolah ini. Apatah lagi dengan pelajarnya biar banyak telah dipikul dan kuhadapi di sekolah ini. Yang pasti aku akan merindui sekolah ini.
Bersama dengan peristiwa perpindahan aku, disertai juga pertukaran pengetua kesayangan kami Encik Ong Boon Puah. Aku sangat mengagumi dia, kerja dia dan sikap yang ada pada diri Encik Ong. Pada aku, beliau bukan hanya tegas, tapi pemimpin yang sedia mendengar pendapat dan pandangan kami malah sentiasa berfikiran terbuka
Semalam aku 1 Disember aku pergi melapor diri di sekolah baru. Suasana yang jauh berbez. Namun ku harapkan aku mampu melaksanakan tugas seperti mana dulu. Tekad dalam diri, aku bukanlah guru bandar yang dikatakan sambil lewa. Semoga aku mampu membuat yang terbaik di sini.. Apa yang penting aku dapat 'enjoy' mengajar di sini dan dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru.
Selamat tinggal SMK Kepong Baru namun tak akan aku lupakan.
SMK Katibas, aku datang padamu. Semoga ada keserasian antara kita.
No comments:
Post a Comment