Tuesday, June 23, 2009

Ayah adalah Idolaku

21 Jun yang lepas merupakan Hari Bapa yang diraikan seluruh warga Malaysia. Anda bagaimana? Ada tak meraikan bersama ayah tercinta atau anda terlupa akan tarikh ini atau tak terfikir untuk meraikannya atau juga ingin meraikannya tetapi tiada ayah di sisi. Seperti juga aku, teringin sangat hendak meraikan hari bapa, tapi ayah sudah pergi dulu. Belum sempat aku ketika itu mengerti tentang Hari Bapa, ayah pergi selamanya bersama kenangan kami sekeluarga. Sedih dan rindu akan kasih seorang ayah. Kalau ayah ada tentu seronok dan bahagia hidup ayah bersama anak-anaknya yang sudah dewasa kini.
Semenjak kecil lagi ayah adalah idola aku. Kasih sayang ayah terpancar dalam ketegasannya. Walaupun ayah bukan golongan berpelajaran tapi berkat kesungguhan ayah, semua anaknya berjaya dalam hidup. Antaranya adalah aku. Ayahku seorang yang berjaya dalam sepanjang hidupnya. Dengan memerah keringat di bendang dan ladang getah ayah memiliki kami anaknya yang kini mampu hidup berdikari. Tidak pernah sekalipun ayah merungut. Itulah kasih seorang ayah. Aku mengharapkan aku mampu menjadi seperti ayah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Semoga roh ayah dicucuri rahmat Tuhan.
Anda di luar sana bagaimana? Pernah anda ada perasaan tidak puas hati terhadap keluarga lebih-lebih lagi ayah anda?Pasti pernahkan? Tipu la engko kalau tak pernah ye tak. Aku pernah...banyak perkara yang kadang-kadang buat aku tak puas hati, lagi-lagi ada adik. Semuanya nak menangkan adik. Habis aku bila nak menangnya? Itu dulu masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku pulak yang lebihkan adik. Ia la kan, masa kecik-kecik JELOZ la sikit pasal adik dapat perhatian lebih.
Balik pada perasaan tak puas hati tadi, jika begitu yang kita rasa kat ayah, minta ampun banyak-banyak kat dia. Bila kita dah rasa kehilangan tu, menyesal tak sudah nanti. Sementara mereka ada lagi gunakan kesempatan ini untuk membalas semua jasa dan kasih sayang mereka. Luangkan masa walaupun kita ada keluarga sendiri kerana suatu masa dulu dialah yang berjaga bagi memastikan kita tidur lena. Jangan la dibiar mereka begitu sahaja. Tiada yang lebih membahagiakan mereka selain anak-anak mengingati dan menjaga mereka. INGAT tanpa ayah SIAPA saya, anda, awak, kamu dan kita semua.
SELAMAT HARI BAPA.
Hargailah sementara mereka masih ada di depan mata kita!

No comments: