Beberapa jam lagi, seperti tahun-tahun yang lepas merupakan sambutan hari guru iaitu 16 mei. Sepanjang tahun ini pelbagai spekulasi yang melanda institusi perguruan. Sedih sangat. aku sebagai insan yang berada dalam dunia perguruan teramatlah sedihnya. Institusi ini sudah dipandang sebelah mata oleh mereka-mereka yang tertentu, ada kalanya tiada matapun yang membela nasib golongan ini. Di mana silapnya masyarakat kita hari ini. Teringat aku zaman sekolah dulu, INI DULU, kisah aku hingga menjadi manusia yang berjaya. Di sekolah aku bukan la secerdik manapun, tapi ekoran jasa dan pengorbanan guru aku berada di tahap aku sekarang ini. Pada masa tu, jika berbuat salah atautak siap kerjasekolah, di sekolah dapat satu rotan, baliknya nanti rotan juga yang bakal diterima jika cerita pada ayah dan bonda. Teringat masa aku darjah 3, Cikgu Nurhidayah namanya( Really miss u)mungkin sekarang beliau tua dah. Cikgu math yang garang gila. Satu kelas wajib hafal sifir 2 hingga 12. Bila dia ngajar, tak reti baca sifir atau jawab soalan, berdiri atas kerusi ngan satu rotan, tak dapat jawab kali kedua atas meja, ngan 1 lagi rotan, ada la member yang agak kurang mahir (bukan tak pandai) sampai biru betis kena rotan. tapi masa tu, Ibu bapa tak cakap apa. Malah aku berjaya hafal sifir. Walaupun sebagai anak kecil masa tu, aku rasa angin gak, tapi itulah yang membentuk aku.
TAPI KINI
Bagaimana kami sebagai golongan pendidik membentuk anak-anak bangsa ni menjadi betul langkahnya? JIKA sedikit teguran terus menjadi luka yang parah bagi pelajar (kononnya). Apatah lagi jika melibatkan rotan. Ibu bapa terus pergi ke sekolah, tak menyempat guru menjawab terus je diserang tanpa menyiasat, paling dasyat sekali jika berlaku la kes SAMAN. Sadis-sadis. Ada pulak tu, terus sampai kementerian. Lagi sadis. Apa nak jadi? nampaknya guru tidak berpeluang untuk mendidik. Tapi jika berlaku apa-apa guru pulak yang disalahkan. Boleh pulak gitu.
KINI....Ibu bapa pulak yang dah jadi takut pada anak-anak.(bukan niat jika terasa, Tapi jika terasa perbetulkanlah keadaan) Ibu bapa terlalu percayakan anak-anak. Ia la kan, di rumah anaknya pijak KUMAN pun tak mati, mana nak percaya anaknya bermasalah. Tapi wahai masyarakat di luar sana. Masa anak-anak kalian lagi lama dihabiskan di sekolah. Bukan bermaksud Ibu Bapa lupa tanggungjawab, ada pula ibu bapa begitu takut jika anak mereka tidak pergeisekolah. Jadi katanya lebih baik si anak berada di sekolah. Adakah GURU sekarang menjadi 'BABY SITTER'. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan. Tapi kurang elok kita persalahkan orang lain, BERSAMA kita mencari penyelesaian, itulah yang sebaiknya. Maafkan aku kiranya hal ini berkaitan dengan ANDA. Tapi untuk renungan dan ikhtibar kita bersama termasuk la aku
No comments:
Post a Comment