Selangkah Perjuangan Tidak Mampu Membangunkan dan Memajukan Negara. Jika Semua Melangkah Setapak Bersama Nescaya Hasil yang Tercipta Luar Biasa. Hidup dengan Lebih Baik agar Nikmat Kehidupan kita.Manfaatkan sebaiknya. Bergembiralah dengan APA yang kita LAKUKAN..
Friday, March 27, 2009
Kenali diri anda untuk membantu diri sendiri dan orang lain
Ramai antara kita tidak pasti dengan bakat yang ada dalam diri. Tak kurang juga yang tahu tetapi tidak mengaplikasikannya atau cuba untuk mengembangkan bakat yang ada. Orang putih kata "Gift' yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada anda. Setiap kelebihan itu telah ditentukan oleh Tuhan. Sama ada anda suka atau tidak. Malah anda kena terima kelebihan yang ada pada orang lain tapi tidak ada pada anda. Kena ingat, kita ni adalah sebaik-baiknya kejadian. Ada sebab kenapa kita mendapat anugerah yang berbeza dengan orang lain. Jangan mengeluh kiranya anda tidak 'dianugerahkan ' sebagaimana kawan, kakak, abang atau sesiapa sahaja. Paling penting kita kena kejar dan bersyukur serta menghargai apa yang Tuhan telah anugerahkan kepada saya, awak dan kamu. Tak ada siapapun yang memilih bakat diri sendiri. Bukannya seperti memilih baju dipasar raya. Nak ambik dan beli. Tak nak pilih yang lain. Bukan begitu ya. Sama juga sebelum dilahirkan, Tuhan dah tentukan siapa keluarga kita. Ada sebab dia nak kita lahir dari keluarga tersebut. Jadi tidak sepatutnya kita menyesali kiranya lahir dalam keluarga yang tidak seperti anda inginkan. Betul tak? kita sambung lagi.....
Labels:
Muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment