Selangkah Perjuangan Tidak Mampu Membangunkan dan Memajukan Negara. Jika Semua Melangkah Setapak Bersama Nescaya Hasil yang Tercipta Luar Biasa. Hidup dengan Lebih Baik agar Nikmat Kehidupan kita.Manfaatkan sebaiknya. Bergembiralah dengan APA yang kita LAKUKAN..
Wednesday, February 25, 2009
Asam Garam hidup
Pernah tak dalam satu hari, anda, kamu, awak atau sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini terasa tidak ingin melakukan apa-apa sepanjang hari tersebut. Tak pernah?Hebat dan luar biasa. Itulah yang ingin aku kongsikan masa ini. Bukan orang lain, tapi aku sendiri ni. Yes, I'm. Sepanjang minggu ni aku rasa letih sangat. Entah la tak tau sebab apa. Kerja. Itulah dia. Tekanan kerja, aku rasa minggu ni banyak sangat. Orang atasan nak itu ini. Balik kerja aku rasa nak tidur je.Tapi bila aku nak tidur tak boleh tidur plak. Banyak benda yang berserabut kat kepala otak ni, Fikir kerja, fikir student dan semuanya. Mood pun kurang baik. Itu sudah semestinya. Bila kita menghadapi tekanan mood tu tidak sebaik mana. Aku sendiripun perasan, kadang2 malas nak cakap apa2. Duduk diam je... Tapi aku tak boleh terus gini. Kalau gini, tak jalan la semuanya. Silap-silap kena tekanan darah tinggi. Muda lagi ni. Sabar2. Tenang. Boleh Ke? Boleh ja. Yang Penting niat kita. Thank God. KuasaNya. Hari ni semuanya berjalan lancar. Tekanan semakin kurang. Kadang2 gitu la hidup. Tapi ada satu perkara yang aku dapat, kalau tak ada tekanan banyak juga benda yang tak berjalan seperti sepatutnya. Tak seronok la hidup kalau asyik berjalan lancar je. Tekanan ni menjadikan aku lebih kuat. Lagi satu aku rasa malas ni la penghalang untuk aku bergerak maju. Moga anda pun begitu jangan beralah pada tekanan.... CaiYo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment