Thursday, January 22, 2015

kembali aktif

Selamat tahun baru semua...belum terlambat rasanya nak bagi ucapan. Inilah keluarga baru aku...bertambah rezeki Tuhan beri. Raphael Asher namanya..seorang lagi hero aku..hurm kena tunggu lagi nak dapat princess. Kehidupan aku dan keluarga berlangsung seperti biasa. Cuma tahun ini berada di sekolah baru, biarpun pindahnya tahun lepas.

Niat tahun ini masih ada tersenarai niat-niat tahun lepas yang belum tercapai. Kena perbaharui lah. Cuma menambah dua tiga lagi.fuhhh lama tak menconteng ni, macam banyak je nak tulis. Dan satu daripada niatnya juga untuk kembali aktif.tak kisah la orang baca ke dak yang penting ini suka. 

Tahun ni juga nak mula membuat bingkisan buat buah hati, dua hero aku..nathanael dan si adik asher.tunggulah ya. Tahun ni juga ingat nak pegi vietnam..rasa macam best ja kat sana.hehehhee kena kumpul duit dulu, nanti en. Suami tak bagi pegi. Tahun ni juga ingat nak sambung belajar..semoga dipermudahkan. Tahun ni juga nak kembali aktif semula bersukan pasal tahun lepas, aktiviti itu dihentikan faktor kesihatan. Banyak benda la nak buat.semoga semuanya tercapai. 

Tidak seperti yang lepas tahun ini aku bermula semula dari bawah pasal pindah tempat kerja suasanapun baru
-

Monday, October 14, 2013

Hanya suara sang kerdil

benar kata seseorang manusia lahir tidak pernah bersatu padu
tetapi kita cuba untuk mengubahnya sekurang-kurangnya membantu 
semakin kita mewar-warkan penyatuan
semakin tidak tercapai oleh kita
seolah-olah mulut yang bercakap hati tidak menjawab
perpaduan itu semakin menjauh
kerana mengenepikan kepentingan keamanan
menjadi kerisauan apabila semua dah tiada lagi
maka pada masa itu, mungkin sudah terlewat
untuk kita mulakan semula perhubungan ini
entah apa lagi yang akan berlaku pada masa mendatang


Biarpun kecewa dengan apa yang berlaku, saya percaya Dia yang berkuasa lebih mengetahui. Matinya kita, di akhiratnya hanya kita yang diadili dan jawablah. Hari ini permintaan itu dituruti, esok apa lagi, dan pada hari-hari mendatang..apa lagi yang tinggal..

Thursday, August 29, 2013

Tanah Tumpah Darahku

Bangga menjadi bangsa Malaysia, semoga Malaysia aman sejahtera selamanya. Kekalkan kemerdekaan kita. Nyah orang yang tak suka dengan bangsa Malaysia kerana Malaysia hanya milik orang yang suka akan bangsa Malaysia bukannya milik anda seorang.  Jangan kerana kita tak suka dengan budaya, bangsa dan agama orang lain, kita mencetuskan perkara-perkara yang menyentuh sensiviti mereka, kerana bila itu berlaku, maka sejarah lama mungkin akan berulang kembali. Luv Malaysia very much...peace no war



Tuesday, August 27, 2013

Harapan

Tak lama lagi percubaan SPM...9 hb ni..erm...entahla, susah nak cakap, budak-budak sibuk menanya, Mengapa asyik exam je, belum sempat habis buat pembetulan, dah exam balik..apa nak buat, dah macam tu kan...Sukatan habis dah. Yes.. kena buat drill banyak ni. Kelas 5A dan 5B aku harapkan ada yang menyumbang A untuk Sejarah. Aku tak faham dengan mengapa masih ada yang tak dapat lulus, Aku yang salah ajar ke apa. Sedangkan kertas 3 banyak membantu..harapan masa SPM nanti mereka boleh buat.


Friday, May 3, 2013

Setelah sekian lama menghilang

Selamat bertemu kembali.Tak ingat dah bila kali terakhir aku menjengah di blog ini.. Lupa seketika, tahun 2013 langsung x entri apa. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja, dan kadang-kadang aku yang menyibukkan diri. Mungkin juga kerana dah tak tau nak tulis apa. Hari ini aku terpanggil untuk menjenguk seketika. Rindu pula nak menconteng kat sini..

Tahun ini aku rasa sangat cepat berlalu. Tak terasa Mei yang tiba. Kadang-kadang tak sedar bila masa aku bernafas (ada plak macam ni kan) Tahun ini aku kena kerja keras untuk pelajar-pelajar. Anak pertamaku tahun ini, wajib lulus sejarah. Erm nampak gayanya macam ramai yang akan lulus (menyedapkan hati). Kena buat banyak benda untuk membantu mereka memandangkan wajibnya mereka lulus untuk mendapat sijil SPM. 

Buah hati pengarang jantung aku Nathanael Xavier. Besar dah dia, tak lama lagi 3 tahun. Nakal sangat. Tak sah kalau tak bergaduh dengan dia 1 hari. Issssh kadang-kadang geram gak ngan dia. Tapi hanya mampu tahan je la. Dah anak kita kan. Tapi bila tak de dia, sunyi sepi dunia. Tak boleh dibayangkan hidup tanpa dia.

Teman sekerja? Syukurla, rasa aman sikit kerja tahun ni. Teman-teman sepejuanganpun ok..gila-gila perangai (kita serupa) dan diharapkan berkekalan macam ni hingga selesai tahun ini. Kerjapun menyeronokkan. Aku senang dengan kerja aku, melakukan kerja-kerja aku. Lantak la kalau ada yang tak suka, yang penting aku buat untuk orang-orang yang memerlukan.

Keluarga? Nampaknya Tuhan makbulkan doa aku, aku bersyukur sesangat ada keluarga yang memahami, dan menyayangi aku, penuh cinta kasih, sama ada sebelah suami atau adik-beradik aku. Aku sayang korang semua.

Sunday, June 24, 2012

Kecewa bila kerja ditidakkan

Mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas yang banyak memberi kesan kat aku. Aku yang EMOSI @ memang sepatutnya aku emosi???? Melakukan kerja-kerja atau menerima tugasan yang diberi adalah sikap aku. Mungkin kerana aku tidak pernah menolak dan aku tak nak ada orang yang kecewa apabila aku menolak tugasan yang diberi. Itulah aku.. Apa yang berlaku minggu ini benar-benar membuatkan semangat aku hampir hilang dan rasa sangat-sangat kecewa, terkilan, sedih dan merasakan kerja yang aku buat baru-baru ini seolah-olah sia-sia. Apatah lagi kerja-kerja yang telah aku laksanakan sebelum ini. Aku merasakan diri dipergunakan. Hampa sangat, walau selama ini banyak beban dan tugasan yang diberi, itu bukan tekanan untuk aku.  Hingga tidak dapat menahan hati menyebabkan aku menangis depan Ketua Jabatan. dalam sejarah aku buat macam tu. Aku tak minta apa-apapun, cukup sekadar belajar menghargai kerja orang.  Jauh sekali nak ucap TERIMA KASIH malah masih sempat mengkritik. Walau tidak secara langsung, tapi hati ini rasa sentap sangat. Bukan sekali dibuat begitu, ini kali kedua oleh orang yang sama dan oleh hal yang sama. Pada hemat aku, orang ini suka benar mengelak diri bila berlaku masalah. Banyak la alasan, dan menunding jari kat kita yang buat kerja ni. Walhal, final list itu hamba Tuhan itu buat keputusan. perkara sekecil itupun tak boleh nak handle, kalau bercakap, mengalahkan PM. Riak dan tidak pernah cuba untuk merendah diri. Ada kerja bukan main banyak tebu ditanam, tapi....Mengapa aku jumpa orang sebegini? Ikutkan hati ini, tak hingin aku menjadi rakan sekerja orang ini. Ya Tuhan, bagi aku ketabahan untuk terus bertahan dan betah berbakti di sini agar aku dapat membuktikan aku lebih baik daripada dia.

Cukup orang menghargai kerja aku

Hari ni rasa sangat terharu, bila mendapat penghargaan daripada rakan sekerja yang mungkin dari jauh memerhatikan kerja-kerja  aku. Terima kasih Yong Jik Kam..apa yang telah dibuat oleh beliau membuat kan semangat aku yang hampir hilang itu sedikit sebanyak kembali lagi. Sungguh aku tak tahu nak cakap apa setelah apa yang aku lalui sepanjang dua minggu ini. Sebelum ni, aku terkilan dan kecewa apabila kerja yang telah aku laksanakan sebaiknya itu, telah tidak dihargai oleh orang yang tertentu, walhal kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan telah aku lakukan sesempurna dan sebaik mungkin. Walau kerja yang aku buat itu adalah tugasan orang lain. Mungkin kerana aku yang terlalu mudah menerima, atau mengiakan sahaja kerja-kerja yang diberi selama ini, menyebabkan orang mengambil kesempatan ke atas aku. Tidak untuk menunding jari kat sapa-sapa kalau anda yang membaca bukan orang yang sebegitu. 

Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru

Seperti mana tahun-tahun lepas tidak banyak yang kuharapkan dari anak didik tercinta. Memandangkan sekarang ni musim exam, aku mengharapkan sesangat semuanya lulus cemerlang, walau dah beberapa hari ni aku pening rasa nak termuntah akibat menyemak kertas periksa mereka yang kadang-kadang entah apa-apa. Namun berbaloi jua, selama lebih 4 bulan hingga kini yang aku ajar dapat jua diingat dan dipelajari para pelajar. Itulah dia, mungkin kerana aku mencintai dunia pendidikan ini, terdaya aku untuk menjadikan mereka berjaya. Semoga pada perayaan HARI GURU kali ini menambahkan dan mempertingkatkan semangat aku untuk berbakti. Semoga aku mampu menjadi pendidik yang terbaik, melakukan semua tanggungjawab dengan ikhlas tanpa mohon pembalasan..dan menjadi lebih panjang sabar...melayani karenah MEREKA.. Teringat dengan bekas guru-guru aku yang terdahulu Cg. Robiha, Cg Zarina, Cg. Florina, Cg. Zimik dan emua yang telah mendidik aku. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.

Monday, April 23, 2012

Dikhianati kepercayaan yang telah diberi

Rasa menyampah, terkilan, sakit hati dan rasa sangat-sangat dikhianati...hanya Tuhan yang tahu, bila aku melakar sejarah hidup bagi penampar kat seseorang yang aku anggap sebagai anak. Jumaat lepas (20hb/april/2012) tak pernah dalam hidup aku, malah langsung tak terfikir oleh aku aku akan bagi penampar kat sesiapapun kat dunia ni. Mungkin kerana tercabarnya hati keibuan ku ini. Rasa sakit hati masih lagi berbekas hingga hari ini. Tertanya oleh ku, di mana silapnya aku, walau telah berkali-kali diingatkan masih lagi mengulang perkara yang sama hingga rasa terconteng arang di muka ini. Bila mengenangkan merekalah anak kesayanganku selama ini, tapi langsung tidak menjaga hati ini..tercalar dan tergores perasaan ini. Bukan mudah untuk aku memberi kasih sayang kepada mereka yang tiada ikatan kekeluargaan dengan aku. Tapi mungkin ini silapku menilai manusia yang langsung tiada rasa hormat atau mahu menjaga hati orang lain. Malah mungkin bangga dengan apa yang dibuat tanpa memikir hati dan perasaan org sekeliling... Mula pula aku semacam benci kat diaorg(perlu ke aku benci) Sebab dalam hidup aku paling pantang bila aku dah mula percaya kat org tu, tp pengkhianatan yang aku dapat.... Tidak pernah timbul rasa syak dalam diri aku, cuma aku takut aku akan prejudis terhadap mereka yang mungkin menyebabkan mereka tidak akan ku pedulikan..